08 July 2024

"DADDY RINDU ADREAN & JANGAN BIARKAN ORANG LAIN BERKATA SEBALIKNYA" - ALIFF AZIZ MINTA MAAF PADA ANAK TAK DAPAT RAI HARI LAHIR BERSAMA



Sempena ulang tahun kelahiran ketujuh putera sulungnya, Ayden Adrean hari ini, penyanyi dan pelakon sens@si, Aliff Aziz telah meluahkan rasa rindu serta meminta maaf kerana tidak dapat meraikannya bersama.

Sebagai seorang bapa, jauh di sudut hati Aliff atau nama penuhnya, Mohamad Aliff Aziz, 33, mahu berada bersama anak lelakinya itu, namun hanya doa yang sahaja mampu dititipkannya ketika ini.

"Daddy rindu Adrean dan jangan biarkan orang lain berkata sebaliknya. Tujuh tahun lalu, kelahiran awak membawa sinar kebahagiaan dalam hidup Daddy. Selamat hari jadi Ayden.

"Kasih sayang daddy melebihi daripada apa yang awak bayangkan. Semoga terus membesar menjadi nak yang bijak dan kacak.

Klik untuk gambar besar

"Minta maaf kerana tak dapat bersama pada hari istimewa ini tetapi doa daddy akan terus mengiringi ke mana sahaja Ayden berada," tuturnya dalam Instagram.

Bukan hanya doa, bintang drama 'Ku Akad Kau Dengan Bismillah' itu berkata, dia turut menghantar hadiah buat Ayden.

"Daddy sangat sayang Ayden! Harap suka dengan pemberian kecil daripada daddy dan orang lain kepada awak.

"Semoga dapat bertemu Ayden dan adik (Ara Adreanna) tidak lama lagi, Insya-Allah," ujarnya.
Terdahulu, Aliff melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd. Najib Wan Hamat, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Bella Astillah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 13 Jun lalu.

Perceraian tersebut dibenarkan mahkamah selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang telah dibentangkan mengesahkan berlaku shiq@q (perbal@han yang berpanjangan) pada pasangan itu dan kewujudan pihak ketiga.

Aliff juga memilih untuk menyerahkan hak penjagaan anak sepenuhnya kepada Bella.

Untuk makluman, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: