"Walaupun kami tidak dapat berjumpa atau bercakap dengan Ara sehingga hari ini, kami tidak akan berhenti untuk terus mencuba untuk bertemu dengan kamu kerana kamu sebahagian dari dar@h kami."
Itulah tulis ibu kepada penyanyi dan pelakon sens@si, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza dimana dia mendedahkan, sehingga kini dia masih belum dapat berjumpa mahupun bercakap dengan kedua-dua cucunya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Hafiza yang berkongsi hal tersebut menerusi Instagram itu mengucapkan selamat hari lahir buat cucunya, Ara serta meluahkan rasa rindu pada kanak-kanak itu.
Menurut ibu Aliff itu lagi, dia tetap akan berusaha mencari jalan agar dapat bertemu dengan kedua-dua cucunya kerana mereka tetap dar@h dagingnya.
Dalam pada itu, tambahnya lagi, dia ada mengirimkan hadiah buat cucunya itu dan berharap akan sampai ke tangan Ara, selain turut mendoakan agar kanak-kanak itu menjadi anak yang solehah.
"Ucapan selamat hari jadi untuk cucu kesayangan saya, Ara Adreanna. Selamat hari jadi buat cucu Umi Wan dan Tok Ayah Ara Adreanna yang sangat-sangat kami rindui.
"MasyaAllah, Alhamdulillah, Ara dah empat tahun hari ini. Kami semua mendoakan Ara panjang umur, jadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment