22 July 2024

DEDAH PERNAH HIDUP SUS4H - DIANA DANIELLE AKUI NAK BELI NASI LEMAK RM1 PUN TAK MAMPU



"Saya datang dari latar belakang yang sangat bawah. Kami pernah tiada rumah dan terpaksa menumpang di rumah keluarga dan kawan-kawan. Ibu pula tidak bekerja selama dua tahun.
"Pernah berlaku kami terpaksa berpindah sebanyak 11 kali dalam tempoh yang singkat. Saya cuma bawa beg sandang dan ketika itu berusia sekitar 10 ke 12 tahun. Ibu saya j@tuh s@kit dan dia kehilangan perniagaannya."

Demikian kongsi pelakon Diana Danielle, dimana dia mendedahkan, pernah hidup sus@h ketika kanak-kanak sehingga terpaksa berpindah randah sebanyak 11 kali, tiada rumah, wang dan makanan serta terpaksa menumpang rumah orang.

Diana, 33, yang berkongsi perkara itu menerusi p0dcast bersama Deborah Henry, berkata, ketika itu, dia berusia 10 hingga 12 tahun dan hidup bersama ibunya yang juga merupakan ibu tunggal.

Kongsi isteri kepada pelakon Farid Kamil itu lagi, ketika waktu kesus@han, dia dan ibunya langsung tiada wang sehinggakan mahu membeli sebungkus makanan berharga RM1 pun mereka tidak mampu.

"Kami memang tak ada duit langsung. Nak beli nasi lemak sebungkus RM1 pun tak mampu. Itulah sebabnya saya mula berlakon lebih dengan s£rius," tuturnya.

Dalam pada itu, ujar ibu kepada dua cahaya mata ini, pengalaman hidup itulah yang menjadikannya lebih mensyukuri hidup seadanya tanpa mengejar kebendaan semata-mata.

"Saya sedar kebendaan cuma kebendaan, duit cuma duit. Semua nak jadi jutawan. Saya men£ntang itu kerana menjadi g@ngguan.

"Disebabkan itulah saya rasa orang jadi tert£kan kerana tidak dapat mencapai jangkauan yang masyarakat ada terhadap kita," kata pelakon filem 'Imaginur' itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: