"Memang beribu-ribu saya dapat komen pasal umrah, mereka nak tengok saya pakai tudung ke tak. Jangan letak harapan terlalu tinggi, saya bukan ustazah. Saya hanya orang biasa dan saya belum dapat lagi 'rasa' nak pakai tudung. Insya-Allah, akan sampai satu masa itu tapi buat masa ini memang belum lagi."
Ujar usahawan sens@si, Kak KM atau Liana Rosli yang memohon kepada orang ramai agar tidak meletakkan harapan tinggi untuk melihat dia menutup aurat sepenuhnya sebaik pulang menunaikan ibadah Umrah.
Kata Kak KM, dia belum bersedia untuk mengubah penampilannya itu kerana merasakan belum masanya lagi untuk berbuat demikian.
Jelas Kak KM lagi, dia tidak mahu memakai tudung hanya kerana des@kan orang ramai kerana bimb@ng ianya tidak akan kekal lama, sebaliknya biarlah ikhlas datang dari hati tanpa paks@an.
"Saya tidak mahu balik-balik umrah terus pakai tudung. Memang ada rasa nak pakai tapi nanti t@kut tak sampai setahun buka tudung semula.
"Saya tak mahu jadi seperti itu. Biarlah saya pakai tudung bukan kerana orang yang suruh. Saya punya per@ngai bukan dengar cakap orang, saya ikut hati sendiri," jelasnya.
Bagaimanapun, ibu kepada empat cahaya itu berkata, dia akan lebih menjaga pemakaiannya dan tidak akan berpakaian s£ksi.
"Mungkin saya akan jaga cara pemakaian, s£ksi itu memang insya-Allah dah tak ada. Kalau pakai baju apa-apa kena cover seperti jaket. Ini perkara pertama yang saya akan cuba buat dulu," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment