22 July 2024

RAI HARI LAHIR KE-32 BERSAMA PELAJAR TAHFIZ - RUHAINIES RASA SEBAK & LUAH RASA SYUKUR



Pada Sabtu lalu, pelakon Ruhaines telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32 dalam sebuah majlis yang diadakan secara sederhana.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Ruhainies yang mengenakan jubah berwarna merah jambu itu dilihat tersenyum ketika tetamu sedang menyanyikan lagu ulang tahun kelahirannya.

Dalam sambutan itu, Ruhainies dilihat mengesat matanya beberapa kali seolah sebak sebelum dia meniup lilin kek di hadapannya.

Disamping itu, Ruhainies turut meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menyambut ulang tahun kelahirannya ini bersama anak-anak tahfiz serta teman rapat.

Difahamkan, majlis berkenaan adalah majlis tahlil dan doa selamat bersempena ulang tahun kelahiran ke-32 Ruhainies yang bakal tiba tidak lama lagi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: