30 July 2024

ENGGAN TERBURU-BURU TAMATKAN ZAMAN BUJANG - WANI KAYRIE AKUI MILIKI KOM1TMEN & TANGGUNGJAWAB YANG BESAR BUAT KELUARGA



"Sudah tentu saya pun ada keinginan untuk berkahwin, lebih-lebih lagi melihat rakan yang seusia dengan saya sudah berkahwin.
"Bagi saya itu pilihan masing-masing. Cuma saya enggan terburu-buru ke arah itu. Lagipun saya sedar ada komitmen yang tinggi terutama untuk keluarga dan diri saya. Kadangkala sabar itu lebih indah."

Itulah tutur penyanyi Wani Kayrie, dimana dia enggan terburu-buru untuk menamatkan zaman bujang selepas rakan baiknya juga penyanyi Sarah Suhairi mendirikan rumah tangga, baru-baru ini.

Jelas Wani lagi, dia memiliki kom1tmen dan tanggungjawab yang besar buat keluarganya waktu ini, selain turut berkata, keluarganya juga tidak menggalakkan dia berkahwin pada usia muda memandangkan dia mempunyai komitmen terhadap adik-beradiknya yang lain.

"Sebagai anak sulung saya pun ada tanggungjawab untuk adik-adik saya. Lagipun saya belum bersedia untuk tinggalkan mereka lagi," katanya.

Dalam pada itu, Wani turut menafikan sedang menyulam bahagia dengan Afieq Shazwan selepas beberapa kali dig0sipkan bercinta sebelum ini.

"Mana ada kembali bersama. Kami memang rapat sejak terb@bit dalam program Big Stage. Sebelum ini pun kami tak pernah mengaku bercinta atau apa-apa sebab kami lebih selesa sebagai kawan," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: