"Semalam saya teringin nak makan roti canai tapi saya nak tengok 'Anney' tu buat dan tebar roti depan saya. Kami ke kedai mamak berdekatan dengan rumah.
"Suami saya minta 'Anney' itu tebar roti depan saya dan dia kata boleh. Itulah drama orang mengandung ni kita tak sangka, yang bukan-bukan je."
Demikian ujar Datin Intan Najuwa dimana pelakon itu berkongsikan, dia pelik dengan dirinya apabila tiba-tiba mengidam untuk makan dan tengok mamak atau 'Anney' menebar roti canai.
Menerusi perkongsian di TikT0k, Intan yang kini hamil anak sulung itu berkata, dia mahu melihat sendiri pr0ses roti canai itu disediakan dan pergi ke kedai mamak berdekatan dengan rumahnya.
Dalam pada itu, Intan turut berkongsi berat badannya kini semakin meningkat sehingga perlu membeli beberapa baju baru.
"Berat badan saya dah naik sampai lima kilogram, baju semua sudah tidak muat, jadi kena beli baju baharu sikit-sikit," tuturnya.
Untuk makluman, Intan dan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman mendirikan rumah pada 18 Ogos tahun lalu di sebuah resort mewah di Johor.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment