"Tahun lepas, saya memang nak kahwin dengan Tyzo. Saya mula rasa penat dengan situasi ini. Saya rasa dia tidak mahukan saya. Jadi saya ambil keputusan untuk menjauhkan diri.
"Tetapi bila saya pergi, dia datang mencari saya. Mungkin sudah sifat lelaki sebegitu. Sekarang ini saya cuma serahkan pada takdir."
Ujar usahawan online popular, Lydia Rosli yang mendedahkan hampir setiap malam dia menangis kerana cintanya terhadap penyampai radio, Tyzo seolah-olah tidak bersahut sehingga perasaannya itu kini semakin pudar.
Jelas anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri itu, dia pernah menyimpan hasrat untuk berkahwin dengan Tyzo, namun kini mengambil keputusan menjauhkan diri.
Akuinya, dia cintakan Tyzo dan mahu berkahwin dengannya, namun penyampai radio itu seperti belum bersedia untuk membawa hubungan mereka ke gerbang perkahwinan.
"Saya memang sukakan Tyzo tetapi saya rasa perasaan Tyzo sebaliknya. Tetapi nak kata saya bertepuk sebelah tangan itu tidak juga. Dia melayan saya dengan sangat baik. Kami selalu pergi 'out station' bersama.
"Untuk bercinta, mungkin dia lambat sikit,. Tetapi terus terang saya beritahu memang saya cinta dan nak kahwin dengan dia. Tetapi saya tak boleh buat apa-apa sebab saya perempuan. Saya kena tunggu lamaran daripada dia," katanya.
Dalam pada itu, Lydia berkata, meskipun hubungan dia dan Tyzo pernah terputus selama enam bulan, namun mereka masih berkawan baik. Tambahnya lagi, Tyzo yang menghubunginya untuk berkawan dengannya.
"Jun lalu dia kembali menghubungi saya sambil menangis dan beritahu dia masih ingin berkawan dengan saya dan tidak mahu kehilangan saya.
"Saya beritahu dia bahawa saya tidak pandai untuk berkawan. Saya hanya tahu jadi kekasih. Tetapi dia meyakinkan sahaja bahawa kami boleh menjadi kawan.
"Selama ini saya tidak pernah ada kawan lelaki. Kalau ada pun kekasih. Tetapi sudah 10 tahun saya tidak berkawan dengan mana-mana lelaki. Hati saya memang sudah tertutup sehinggalah saya bertemu dengan Tyzo," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment