09 July 2024

ISTERI HARITH ISKANDER SAHKAN SUDAH FAIL CERAI JUN LALU



Rumah tangga pelawak dan pelakon terkenal, Harith Iskander, 58, dan isterinya, Dr Jezamine Lim hangat diperkatakan apabila didakwa berd£pan mas@lah.

Ini kerana isteri Harith dikatakan sudah pun memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan k£s itu bakal disebut dalam masa terdekat.

Berhubung perkara itu, isteri Harith tampil mengesahkannya dengan menjelaskan, dia memfailkan permohonan cerai pada bulan Jun lalu, namun belum bersedia mengulas lanjut isu rumah tangganya itu.

Namun begitu, Dr Jezamine belum bersedia berkongsi mengenai butiran mengenai mas@lah mel@nda rumah tangga mereka. Katanya, dia akan kongsi juga bila tiba masanya.

"Betul saya telah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan itu dibuat tetapi lebih kurang sebulan lalu. Saya belum ada sebarang komen. Mungkin nanti saya akan ceritakan," katanya.

Klik untuk gambar besar

Mengikut sumber, k£s perceraian Dr Jezamine dan Harith bakal disebut di mahkamah, bulan ini.

Sebelum ini, Dr Jezamine bergambar di hadapan dewan mahkamah lengkap berjubah dan bertudung ditemani peguam syarie, Datuk Akberdien Abdul Kadir.

Sementara itu, Harith, ketika dihubungi untuk mendapatkan pengesahan, bagaimanapun memilih tidak mengulas lanjut.

"Saya tiada sebarang komen mengenai perkara ini," ujar Harith yang berkahwin dengan Dr Jezamine, 41, pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: