"Sebenarnya dah terdetik beberapa tahun lalu tapi saya rasa orang akan berkata, 'esok-esok dia buka la tu'.
"Suami selalu kata, boleh tak jangan fikir pasal orang dan fikir diri sendiri. Tak apalah saya nak rasa keajaiban daripada Allah, maknanya nanti bangun dan tiba-tiba terus pakai.
"Bila dah pergi haji itulah penamatnya sebab haji adalah rukun islam yang kelima maknanya itu adalah 'final call' daripada Allah. Kalau boleh memang dah tak nak (dedah aurat), dah bersedia untuk semunya."
Itulah kata pelakon Ozlynn mengenai penampilan terbaharunya yang kini berhijab semenjak pulang daripada menunaikan ibadah haji, dimana ia menjadi perhatian ramai.
Menerusi temu bual bersama Sinar Plus, jelas Ozlynn, dia sudah lama menyimpan niat untuk berhijab, namun mengakui bimb@ng dengan pandangan orang, namun suaminya mengingatkan agar tidak memikirkan mengenai orang lain.
Menurut isteri kepada pelawak dan pelakon Johan Raja Lawak ini lagi, rezeki dijemput menjadi tetamu Allah adalah titik permulaan kepadanya untuk menutup aurat dan itu adalah 'final call' daripada Allah.
Tuturnya lagi, dia sudah mula memakai hijab seminggu sebelum mendapat tawaran menunaikan haji dimana ketika itu dia menghadiri kelas agama.
"Seminggu sebelum dapat tawaran untuk tunai haji, saya pakai tudung ke kelas agama. Ketika itu saya rasa saya dah bersedia. Kemudian dapat tawaran untuk pergi haji.
"Saya cakap dengan Johan, Allah dengar ke apa yang saya cakap? Saya terfikir, apa kebaikan yang kami buat sampai Allah bagi macam ini? Mungkin ada benda yang kita tak perasan," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment