"Alhamdulillah, terima kasih Kak El selalu kongsi yang baik-baik dekat media sosial sampai terbuka hati saya nak cuba pergi kelas.
"Selalu nak pergi tapi jadual mesti tak okey sebab kerja. Tapi betul la, kalau benda baik tak akan tak boleh susun masa kan? Nak pergi lagi kelas yang berikutnya."
Demikian tulis pelakon Sweet Qismina yang memberitahu perkongsian rakan pelakonnya, Elfira Loy di media s0sial membuatkan dirinya terbuka hati untuk menghadiri kelas ilmu agama.
Klik untuk gambar besar
Dalam perkongsian yang dimuat naik di Insta Story, isteri kepada pelakon Adam Lee itu turut mengucapkan terima kasih kepada Elfira, selain berkata, dia sememangnya mahu hadir ke kelas agama, namun tidak dapat berbuat demikian kerana kerja.
Siapa sangka disebabkan perkongsian seseorang buatkan kita boleh terbuka hati untuk ke arah lebih baik.
Apa-apa pun, sama-sama kita doakan yang baik-baik.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment