06 July 2024

KONGSI SELEPAS SELESAI HAJI - AMY MASTURA DIPUJI FOKUS IBADAH HAJI



"Asalamualaikum salam Jumaat (semalam) semua, Alhamdulillah akak dan keluarga telah pun selesai mengerjakan rukun islam yang kelima. Semoga Allah menerima ibadah ini.
"Akak minta maaf tak update apa-apa masa akak di Mekah. Akak nak ambik kesempatan ini untuk ucap terima kasih yang tak terhingga pada semua staff dan petugas, ustaz-ustaz yang sentiasa membimbing dan memastikan kami tak tersas@r tujuan."

Demikian tulis pelakon dan penyanyi Amy Mastura yang memaklumkan, dia selamat menunaikan ibadah haji bersama keluarga baru-baru ini.

Dalam diam menunaikan ibadah haji, Amy menerusi perkongsian di Instagram turut memohon maaf kerana tidak pernah berkongsi perkembangan ketika mengerjakan ibadah haji kepada peminatnya.

Selain itu, Amy juga mengakui pelbagai uj1an perlu dilalui sepanjang mengerjakan ibadah serta berharap Allah memberkati dan kurniakan ibadah haji yang mabrur buat semua para jemaah.

"Dug@an memang banyak. Tapi Allah swt rezekikan kami bersama jemaah-jemaah yang sangat baik. Semoga Allah berkati dan memberikan Haji mabrur buat semua," tuturnya lagi.

Perkongsian Amy itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya yang memuji tind@kan penyanyi itu yang berkongsikan mengenai berita itu selepas selesai menunaikan haji dalam masa yang sama dapat memberi fokus kepada ibadah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: