"Kalau saya nak bekerja dengan orang mungkin dah tak sesuai dengan umur yang sebegini. Jadi pilihan yang saya nampak sekarang adalah jadi pemandu e-hailing.
"Suami dah hil@ng upaya untuk menyanyi menyebabkan kami kehil@ngan sumber pendapatan.
"Kalau saya tak bekerja macam mana kami nak meneruskan kehidupan. Saya ada juga menjual tart nenas tetapi tidak membawa pulangan."
Itulah jelas isteri kepada penyanyi veteran Fredo iaitu Suzlynna Mustapha, 60, dimana dia berhasrat untuk menjadi pemandu e-hailing selepas suaminya itu hil@ng punca pendapatan kerana menghid@p A0rtic An£urysm iaitu saluran jantung utama memb0njol sejak seminggu lalu.
Kata Suzlynna, buat masa ini, kerjaya itu yang mampu dilakukan memandangkan usianya yang bukan lagi muda.
Tambahnya lagi, kerjaya yang ingin diceburi itu hanya sekadar perancangan kerana buat masa ini, dia perlu memberi tumpuan kepada kesihatan suaminya.
"Belum boleh mula sekarang kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan untuk jadi pemandu e-hailing.
"Lagipun saya kena fikirkan suami yang uzur, doktor tak bagi tinggalkan dia bersendirian buat masa ini. Jadi saya kena tunggu hingga dia kuat baru boleh mulakan pekerjaan itu.
"Saya lihat kerja ini tidak memerlukan kom1tmen yang tinggi dan agak fl£ksibel dari segi masa, jadi saya boleh keluar cari pelanggan dan pulang sebelum malam," ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya pula mengenai kenderaan yang akan digunakan untuk memandu e-hailing, Suzlynna memberitahu, dia memiliki dua kenderaan yang dipinjamkan saudara maranya tetapi kedua-duanya sudah berusia lebih 10 tahun.
"Jadi saya akan merujuk kepada pihak syarikat supaya kenderaan itu layak digunakan untuk membawa penumpang," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment