"Satu keajaiban apabila Siti masih hidup hari ini. Dia tidak akan memberitahu sesiapa, saya akan memberitahu anda hari ini. Siti hampir mati melahirkan Aafiyah)."
Demikian titah Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkongsi kisah menyay@t hati mengenai pengorbanan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin melahirkan anak sulungnya, Siti Aafiyah.
Titah baginda itu ketika berkenan merasmikan Pembukaan Alhaya Fertility Centre di Damansara Specialist Hospital 2, di sini, hari ini.
Baginda bertitah, ketika proses kelahiran, Siti Nurhaliza berd£pan k0mplikasi hingga hampir mer@gut nyawanya.
Sementara itu, Siti Nurhaliza yang turut hadir pada majlis tersebut, mengakui, kejadian yang dilaluinya enam tahun lalu itu hampir hil@ng nyawa.
"Sejurus bersalin itulah saya pernah mengal@mi k0mplikasi. Perkara ini tidak pernah saya kongsi dengan masyarakat di luar sana.
Klik untuk gambar besar
"Semua pun dah tahu perjalanan saya. Saya ada rakam dan tunjuk di YouTube. Nak dapat cahaya mata ini sangat mencabar.
"Bukan sebagai wanita sahaja tapi sebagai hamba Allah," kata Siti Nurhaliza yang mendedahkan beliau bertarung nyawa ketika melahirkan anak sulungnya itu.
Majlis itu turut dihadiri Pengarah Urusan Alpha IVF Group Berhad, Datuk Dr Colin Lee dan Pengarah Perubatan Pusat Kesuburan Alhaya, Dr Haris Hamzah.
Menurut Siti Nurhaliza lagi, Allah memberinya rezeki dari segi kerja dan sebagainya, tetapi menguj1nya dengan cahaya mata.
"Saya percaya Allah akan bagi tepat pada masanya. Alhamdulillah dengan apa saya lalui, Allah berikan. Saya 'decide' (memutuskan) berhenti menyanyi seketika untuk hamil untuk dapat Aafiyah.
"Walau hampir hil@ng nyawa, saya ambil juga keputusan untuk buat rawatan yang sama bagi anak kedua, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
"Sambil sibuk kerja, saya curi masa buat rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai cubaan buat kali terakhir. Saya pernah terdetik begitu di dalam hati," kata Siti Nurhaliza yang menjadikan Tunku Azizah sebagai idolanya.
"Sebenarnya waktu menjalani kaedah IVF, saya menjadikan Tunku Azizah sebagai idola. Jika saya buat rawatan lima kali, tapi Tunku Azizah menjalani rawatan sebanyak 17 kali untuk mendapatkan zuriat. Masya-Allah.
"Perjuangan menjadi seorang ibu bukanlah perkara yang mudah. Baik bersalin normal atau pembedahan, kedua-duanya ada perjuangan dan pengorbanan," tuturnya.
Untuk makluman, Siti Nurhaliza mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali Datuk K pada 21 Ogos 2006.
Selepas lebih sedekad, Siti Nurhaliza disahkan hamil anak sulung, Siti Aafiyah pada Jun 2017 dan anak kedua, Muhammad Afwa, pada Ogos 2020 menggunakan kaedah rawatan IVF.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment