Penyanyi MK K-Clique baru-baru ini ada memuat naik satu klip video di akaun Instagram miliknya hari ini, dimana dia berkongsi perkembangan isterinya, Siti Hajaar yang dilihat sedang berbadan dua.
Bagaimanapun, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, tidak mengesahkan mengenai kehamilan isterinya ini, namun tind@kan penyanyi itu mencium perut isterinya yang kelihatan sarat hamil seolah-olah mengesahkan perkara tersebut.
Melihat pada video yang dikongsikan, isteri MK itu seolah-olah sedang menanti hari untuk bersalin.
MK dalam perkongsian itu turut memanjatkan rasa syukur di atas segala nikmat yang diperoleh.
"Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah untuk semua nikmat nikmat mu ya Allah," tulisnya ringkas.
Menariknya lagi mengenai perkongsian itu, MK berkongsi perkara tersebut sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28 hari ini.
Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata netizen menyatakan rasa syukur dan mengucapkan tahniah di atas kehamilan pertama isteri penyanyi itu.
"Comel 'baby bump'. Perutnya besar macam bayi kembar. Alhamdulillah semoga Allah mudahkan segala urusan bakal ibu bapa kesayangan kami ini," tulis netizen.
Untuk makluman, MK dan Siti Hajaar mendirikan rumah tangga pada 16 Jun tahun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment