"Assalamualaikum semua, saya Andika Yusuf, lahir 24/7/24 dengan berat 3.02 kg. Saya boy tau!" demikian tulis pelakon Izreen Azminda yang memaklumkan berita gembira dimana dia telah pun selamat melahirkan anak keempatnya pada 24 Julai lalu.
Dalam perkongsian itu, Izreen memilih nama Andika Yusuf untuk anak lelakinya itu yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan.
Kehadiran Andika Yusuf dengan berat 3.02 kilogram (kg) sekali gus menambah bilangan lelaki dalam rumah tangganya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Izreen seakan mengharapkan kehadiran cahaya mata perempuan dalam keluarganya dan sempat bersel0roh berkenaan perkara ini.
"Yang mana auntie-auntie yang teka girl tu takpe... mama saya aminkan jer... Insya Allah next ada rezeki lagi," tuturnya.
Untuk makluman, menerusi perkahwinan kedua dengan pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude yang dibina pada 8 Ogos 2017, Izreen dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Aaron Ibrahim, 5; Ali Idrees, 3 dan Andika Yusuf yang dilahirkan pada 24 Julai lalu.
Manakala menerusi perkahwinan pertamanya dengan jurukamera, Muhammad Riza Baharuddin, pelakon itu dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 10 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment