28 July 2024

"KEBANYAKAN TAWARAN (BERLAKON) DITERIMA KISAH CINTA, JUJURNYA SAYA TIDAK BERMINAT..." - IZARA AISHAH MAHU FOKUS TANGGUNGJAWAB SEBAGAI ISTERI, IBU & AHLI PERNIAGAAN



"Tugasan ibu bukannya mudah, apatah lagi, saya memiliki perniagaan sendiri. Saya juga perlu utamakan suami dan anak-anak, jadi ia juga menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.
"Tipulah kalau kata tak penat atau cukup tidur. Anak-anak pula masih kecil. Namun, apapun saya kena sesuaikan diri dengan keadaan.

"Saya percaya kalau buat semua ini dengan sabar banyak ganjaran akan diperoleh. Saya tiada rungutan, malah seronok. Saya juga tidak menolak rezeki dan merancang hamil dalam tempoh dua tahun lagi."

Itulah ujar pelakon Izara Aishah yang menjelaskan, dia mahu memberi fokus kepada tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan ahli perniagaan, selepas perjalanan kerjayanya dilihat kini agak perlahan.

Kata Izara, meskipun tidak dapat rehat yang cukup, namun dia bersyukur dapat meluangkan masa bersama keluarga serta dua anaknya.

Selain itu, tambah Izara lagi, dia kini lebih selektif dan memilih membintangi filem berbanding drama yang mengambil masa penggambaran panjang.

Malah, isteri kepada ahli perniagaan iaitu Adib Khalid itu berkata, dia sebolehnya tidak mahu lagi membawa watak dalam filem percintaan.

"Saya tunggu tawaran filem kalau ada yang bersesuaian. Kalau boleh saya nak kurang berlakon drama dan beri ruang kepada pendatang baharu.

"Kalau ada tawaran filem bagus, saya akan ambil. Kebanyakan tawaran diterima kisah cinta. Jujurnya, saya tidak berminat dengan kisah cinta," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: