28 July 2024

SEMPENA ADIRA & DATUK RED DAH 7 HARI BERCINTA, EMMA SUHAIMI BELI KEK SAMBUT ANNIVERSARY



Semua sedia maklum mengenai usahawan Datuk Red dan penyanyi Adira Suhaimi dimana nama bekas pasangan suami isteri itu hangat diperkatakan selepas memgumumkan mereka dalam fasa percintaan selepas sah bercerai pada April lalu.
Baru-baru ini, tular pula video memaparkan kakak kepada Adira iaitu Emma Suhaimi yang dilihat membeli kek bagi menyambut ulang tahun percintaan adiknya itu dengan bekas suami yang kini sudah mencapai tujuh hari.

Turut menjadi perhatian, tertulis pada kek berkenaan 'Happy Anniversary 7 Tok & Ami' (nama panggilan Adira).

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar urusan Datuk Red dan Adira dipermudahkan untuk kembali mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, Datuk Red berkata, dia sudah pun bertemu dengan keluarga Adira dan merancang untuk berkahwin dengan bekas isterinya itu pada Aidilfitri tahun depan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: