07 July 2024

MASIH DIPANTAU - DOKTOR NASIHAT AZAN SCAN BERHENTI MEROK0K



"Semuanya bergantung juga kepada pemantauan doktor. Selepas itu, Azan kena datang semula tiga bulan lagi untuk pemeriksaan semula keadaannya selepas dimasukkan 'st£nt' dan belon untuk buka ruang saluran tersumb@t.
"Doktor akan tengok macam mana keadaan dia. Tapi sekarang dia kena jaga-jaga dari segi pemakanan, ubat tak boleh tertinggal dan jaga kesihatan supaya tak kena semula s£rangan jantung.

"Ada lima sunt1kan dia kena ambil dibahagian perut setiap hari bermula dari semalam (Sabtu). Sehari kena satu sunt1kan. Azan seorang perok0k tegar dan sekarang dia kena perlahan-lahan berhenti merok0k atas nasihat doktor agar tak kena s£rangan lagi."

Itulah kata isteri kepada vokalis kumpulan Scan, Azan iaitu Ismaliza Ismail yang memaklumkan, suaminya itu masih dalam pemantauan doktor untuk tempoh terdekat dan akan dibenarkan keluar pada Selasa atau Rabu nanti sekiranya tiada apa-apa mas@lah.

Pada Jumaat lalu, Azan telah dimasukkan ke Hospital Kajang, akib@t s£rangan jantung dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kata isteri Azan itu lagi, rakan-rakan suaminya juga sudah boleh datang melawatnya sekarang, selain menjelaskan, doktor mengesahkan ada tiga saluran dar@h ke jantung Azan tersumb@t 90 peratus. Namun kecekapannya yang bertind@k batas berjaya mengelakkan kejadian yang lebih burvk.

"Ramai yang dah datang melawat. Harap semua jangan ris@u kerana keadaan Azan okey. Terima kasih atas doa-doa dan sokongan kawan-kawan serta peminat.

"Cuma, dia minta maaf tak dapat penuhi undangan menyanyi dalam masa terdekat. Sepatutnya malam ini dia ada show di Melaka untuk Royale Fiesta Foodie Tour X Maal Hijrah 2024. Saya pun dah maklumkan kepada penganjur.

"Sekali lagi saya bersyukur kerana bawa dia ke klinik pada masa yang tepat sebelum dia pengsan di mana-mana. Tergerak nak bawa dia buat pemeriksaan di klinik sebelum jadi apa-apa," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: