07 July 2024

"KAMI PERNAH AMBIL ANAK ANGKAT, NAMUN TERPAKSA DIPULANGKAN SEMULA KEPADA IBU KANDUNGNYA" - MARK ADAM DEDAH ISTERI AMBIL MASA SETAHUN UNTUK PULIH DARI KESEDIHAN & TR4UMA



"Kami pernah ambil anak angkat yang juga bayi perempuan berusia lapan bulan dari seorang kenalan selepas enam tahun berkahwin dan sempat meraikan sambutan hari jadinya ketika berusia setahun.
"Namun, anak angkat itu terpaksa dipulangkan semula kepada ibu kandungnya dan kejadian itu sangat menyedihkan isteri yang sudah menyayanginya seperti anak sendiri.

"Mujur isteri juga pencinta haiwan dan dia mengubati kesedihan itu dengan mencurahkan kasih sayang kepada 25 ekor kucing yang dipelihara di rumah."

Demikian ujar penyanyi dan pelakon, Mark Adam, 45, yang mendedahkan, isterinya mengambil masa dua tahun untuk pulih dari kesedihan dan tr@uma apabila anak angkat yang dijaga selama setahun terpaksa dipulangkan semula kepada ibu kandungnya sebelum ini.

Kata Mark, berdasarkan pengalaman lalu itu, dia akan mengambil anak angkat secara sah mengikut pros£dur undang-undang di negara ini.

Jelasnya lagi, dia dan isteri bagaimana sedia untuk mempertimbangkan jika ada rezeki untuk mereka mengambil anak angkat lagi selepas ini.

"Berdasarkan pengalaman lalu, kami tidak boleh ambil anak angkat begitu sahaja, sebaliknya ia perlu dilakukan mengikut pros£dur undang-undang yang sah.

"Kalau saya ada anak, saya juga mahukan anak lelaki sebab dia boleh menjaga ibunya bila kami sudah tua kelak," katanya.

Sementara itu, ditanya gaya hidup 'childfree' (tidak berzuriat) yang kembali popular ketika ini, Mark tidak menyokongnya kerana zuriat memainkan peranan penting untuk menyambung generasi masa depan.

"Saya tidak pernah dengar lagi konsep itu tapi ia bertentangan dalam ajaran agama Islam dan sunah nabi," katanya.

Untuk makluman, Mark mendirikan rumah tangga dengan Norazah Redzuan yang juga pengurusnya pada 2003 dan masih belum dikurniakan anak selepas hampir 21 tahun berkahwin.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: