29 July 2024

NORLIA GHANI KINI AKTIF JADI 'TIKT0KER' SELEPAS SETAHUN TAK BERLAKON



Disebabkan tiada tawaran lakonan diterima sehingga kini, pelakon veteran, Norlia Ghani, 75, dilihat telah mencari pendapatan lain apabila kini bergelar pemp£ngaruh TikT0k atau 'TikT0ker' sejak tahun lalu.
Dalam pada itu, ditanya mengenai komen-komen p£das dan neg@tif yang diterimanya di TikT0k, Norlia enggan mengambil pusing.

"Kalau orang bagi 'api', kita siramlah 'air'. Itu cara saya. Tak perlulah berg@duh atau mel£nting dengan netizen ini.

"Kalau ada tawaran berlakon, saya tak ada masa nak main TikT0k pun sebab sibuk kerja di set penggambaran. Tapi, dah kira setahun juga saya tak ada tawaran berlakon sampai sekarang. Jadi, ada masa saya buatlah 'live' TikT0k.

"Tapi, saya pun tak 'live' hari-hari buat 'content' dan saya sedar diri memang dah tua. Cuma, bagi saya ini (TikT0ker) antara sal@h satu usaha saya cuba raih pendapatan menerusi 'content' dan 'review' produk yang dibuat.

"Alhamdulillah, ada juga orang yang tengok 'live' saya itu sudi beri 'gift' (hadiah). Saya terima saja sebab itu rezeki dan bukan saya minta mereka beri hadiah pun. Tapi, saya pernahlah rasa dapat RM800 sehari," tuturnya.

Disamping itu, Norlia yang cukup dikenali sebagai Joyah dalam drama 'Opah' di RTM itu memberitahu, dia hanya muncul dengan 'c0ntent' biasa di akaun TikT0k miliknya seperti berbual mesra dengan pengikut atau membuat 'review' pr0duk.

"Saya sangat berh@ti-h@ti dengan 'c0ntent' kerana tidak mahu terk@it kontr0versi. Lagi pula, saya buat 'c0ntent live' itu suka-suka dan siapa nak ikut tengok, masuklah. Saya bukan buat nak ikut 'trend' demi mengejar jumlah tontonan.

"Namun, ada juga video saya di TikTok yang sudah mencecah sejuta tontonan. Bagi saya bersyukur sajalah walaupun pengikut akaun TikTok saya kira-kira 110,000 orang," katanya reda kini tiada rezeki dalam lakonan lagi.

Ujar ibu kepada pelakon dan pengarah, Rusdi Ramli ini lagi, dia sedar era dirinya sudah berlalu berikutan kini industri hiburan tanah air juga dihadiri ramai pelakon baharu berbakat dan watak ibu pun perlulah individu sesuai.

"Jika ada pun watak sesuai untuk saya mungkin sebagai nenek. Itu pun perlulah mengikut kesesuaian jalan ceritanya. Lagi pula, sekarang ini untuk watak sebagai anak pun kebanyakan pelakonnya muda sangat.

"Rasanya untuk mereka (pelakon muda) panggil saya emak pun dah tidak sesuai, kecuali nenek. Tapi, tak banyak pula watak nenek dalam naskhah drama sekarang. Jadi, saya ambil positif dan akur sajalah," katanya.

Terdahulu, Norlia sudah aktif membina karier lakonannya sejak tahun 1969 dan pernah juga membintangi filem arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu 'Kanchan Tirana' dan 'Dr Rushdi'.

Manakala, antara filem lain dibintanginya seperti 'Panglima Badol', 'Adik Manja', 'Tuan Badul', 'Sikit Punya Gil@', 'Mekanik', 'Aku Yang Berhormat', 'Mar@h-Mar@h Sayang', 'Bis1kan Cinta', 'Anak Mami The Movie' dan 'Mami Jarum'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: