31 July 2024

"SAYA FAHAM DIA SEDANG ADA MAS4LAH... PENGHABISAN, KITA KENA 'MOVE ON'... JANGAN SAYANG ORANG MELEBIHI ALLAH" - PESAN AJAI BUAT HAFIZ SUIP



"Hafiz ni macam adik pada saya. Bila dia keluar Akademi Fantasia, lepas lagu 'Noktah Cinta', 'Ku Akui' dan seterusnya untuk album-album dia jadi dia macam adik kepada saya.
"Saya faham dia sedang ada mas@lah tapi pada saya semua orang akan ada mas@lah. Penghabisan, kita kena 'move on'. Jangan sayang orang melebihi Allah."

Ujar penyanyi dan komposer terkenal, Ajai yang memberitahu, dia sudah menganggap penyanyi Hafiz Suip seperti adiknya sendiri, selain berkata, dia memahami Hafiz sedang ada mas@lah dan sempat berkongsikan agar tidak menyayangi manusia lebih daripada Allah.

Selain itu, Ajai turut berpesan kepada Hafiz untuk mendekatkan dirinya dengan Allah serta tidak meninggalkan kerjayanya sebagai penyanyi dan tidak peduli dengan apa diperkatakan orang ramai.

"Saya kata dekatkan diri dengan Allah sebab waktu begini rasanya Allah rindu kamu. Hafiz faham benda itu. Saya cakap dengan dia jangan tiggalkan kerjaya sebab ini adalah mata pencarian dia.

"Biarlah orang nak cakap apa, penghabisan rezeki kita di tangan Allah. Pegang pada Allah saja, selamatlah kamu, hidup," tuturnya menerusi temu bual bersama radio Sinar.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: