31 July 2024

FIZI ALI NASIHATKAN PASANGAN BERCERAI RUJUK PAKAR SELESAI ISU HAK PENJAGAAN ANAK



"Berkaitan isu anak ini, sebab itulah saya banyak beri nasihat kepada orang. Bukan saya ini pandai sangat. Cuma, kalau ada mas@lah begini, rujuk kepada pihak sepatutnya. Itu yang saya lakukan, saya upah peguam dan sebagainya.
"Bukan nak tunjuk saya banyak duit atau berlagak. Kadangkala, apabila perbincangan dua pihak ini tidak berjaya, kena ada orang ketiga untuk selesaikan dan orang ketiga itu adalah peguam."

Itulah jelas penyampai radio, Fizi Ali, dimana dia menasihatkan pasangan bercerai di luar sana untuk merujuk kepada pihak yang lebih pakar dalam menyelesaikan isu berkaitan hadanah (hak penjagaan anak).

Dalam pada itu, Fizi atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin, 35, Alimudin, berkata, kadangkala, perbincangan memerlukan orang ketiga seperti peguam untuk memastikan pr0ses perbincangan lebih lancar.

Maklum Fizi, dia akan merujuk kepada peguamnya yang akan menjadi perantara untuk berbincang dengan peguam pihak bekas isterinya, Shakilla Khoriri, setiap kali timbul pertanyaan atau keraguan.

"Peguam menyelesaikan dan beri cadangan. Apabila dah ada persetujuan, lebih senang untuk bawa ke mahkamah. Sebab itulah saya lebih tenang.

"Kalau ada apa-apa ker@guan, saya bincang dengan peguam dan dia akan berbincang dengan peguam pihak sana dan selesai," ujarnya.

Difahamkan, Fizi kini menjalani hadanah interim atau sementara dan mendapat kebenaran untuk bertemu anaknya, Ameena Sofia selama tiga hari setiap dua minggu.

"Sekarang, saya dapat bersama Ameena tiga hari setiap dua minggu. Insya-Allah, kami akan selesaikan dalam masa beberapa bulan ini dan kami akan bertemu hakim.

"Hadanah belum lagi selesai. Hadanah ada dua, iaitu hadanah sementara dan hadanah kekal. Hadanah sementara dah selesai sebab dia yang failkan. Sekarang, kami menunggu hadanah kekal pula.

"Jadi, apabila keluar keputusan hadanah kekal, hadanah sementara ini akan hilang dan kami akan ikuti keputusan hadanah kekal sepenuhnya.

"Hakim akan tentukan keputusannya. Hadanah kekal ini mungkin dalam dua bulan lagi sebab kami belum dapat tarikh spesifik," tuturnya.

Untuk makluman, Fizi mendirikan rumah tangga kali kedua kedua dengan pasangannya, Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata, yang masih belum didedahkan namanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: