"Dari kurus kering, sekarang saya dah berisi balik. Semua orang komen nampak saya sihat semula berbanding dulu, tapi saya kena kawal makan dan minum.
"Berat badan pun dah terlebih dan kena jaga semula dengan buat latihan kecergasan. Setakat ini saya pastikan tak ambil gula. Dah setahun lebih saya tak minum langsung air manis.
"Bila minum air manis terasa p£lik sebab saya dah biasa minum air kosong. Dah tiada keinginan untuk ambil gula. Rasanya macam ada 'alarm' (penggera) dalam kepala yang kata jangan minum."
Demikian tutur pelakon Ako Mustapha, 53, yang pernah dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akib@t k£ncing manis kr0nik pada 2022, dimana dia kini selesa mengambil makanan dan minuman tidak mengandungi gula.
Dalam pada itu, Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha, menjelaskan, keputusan ini berjaya mengembalikan semula kesihatannya seperti dulu.
Menurut Ako lagi, peny@kit k£ncing manis tidak mungkin akan hilang dan dia perlu mengawalnya, selain melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala setiap enam bulan.
Selain itu, ditanya mengenai karier pula, Ako memaklumkan, dia masih aktif berlakon, namun pada masa sama cuba meneroka bidang perniagaan.
"Alhamdulillah, untuk Ogos saya dapat tawaran dan saya ada masa untuk ambil. Pada masa sama, saya nak ada pr0duk sendiri dan jual. Itu fokus utama. Berlakon pula memang minat dari kecil.
"Sekarang saya sedang belajar asas dalam perniagaan. Saya tak faham banyak perkara lagi seperti beli dan jual barang, berapa nak untung dan sebagainya.
"Saya perlu belajar balik macam budak usia lima tahun. Saya jadikan Datuk Rosyam Nor sebagai mentor. Sekarang saya bekalkan keropok ikan segera jenama Tokku yang dibuat di Terengganu ke ST Rosyam Mart. Syukur sambutannya bagus," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment