23 July 2024

"SAYA LELAKI PALING BAHAGIA SEKARANG INI... SAYA TAK BERHENTI TERSENYUM BAHAGIA" - DATUK RED AKUI DIA & ADIRA KINI MENYULAM CINTA, RANCANG KAHWIN AIDILFITRI TAHUN DEPAN



Semua maklum mengenai usahawan Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan, yang kini bergelar duda selepas dia sah bercerai dengan kedua-dua isterinya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim atau lebih dikenali Datin Red dan juga penyanyi Adira Suhaimi.
Namun terkini, Datuk Red mengesahkan dia sedang dalam fasa percintaan dengan bekas isteri keduanya, Adira selepas sah bercerai pada April lalu.

Jelas Datuk Red, perpisahan yang berlaku memberi 'tamp@ran hebat' kepada dirinya untuk memperbaiki hubungan rumah tangga yang pernah mereka bina sebelum ini.

"Saya lelaki paling bahagia sekarang ini. Hari ini sudah masuk hari kelima saya dan Adira menyulam cinta.

"Hidup saya lebih indah sekarang. Saya tak berhenti tersenyum bahagia, Alhamdulillah.

"Perpisahan yang berlaku mengajar saya untuk menjadi lebih baik. Adira nampak segala perubahan yang cuba saya lakukan sepanjang dalam tempoh perceraian ini.

"Saya sudah berbincang dengan keluarga dan adik-beradiknya, mereka bersetuju untuk kami kembali bersama.

"Jika tiada aral melintang, saya akan memperisterikan semula Adira pada Aidilfitri tahun depan. Saya ambil masa ini kerana nak selesaikan hut@ng-hut@ng saya dahulu," jelasnya.

Dalam pada itu, Datuk Red berkata, dia berasa k£sal apabila ada pihak mendakwa dirinya sengaja mahu menyingk1rkan bekas isteri pertamanya, Datin Red dengan perpisahan yang berlaku ini.

"Mereka tak tahu apa yang terjadi dalam rumah tangga saya sedangkan dalam tempoh idah sebelum ini saya membuka peluang kepada kedua-dua bekas isteri untuk bersama dengan saya semula.

"Kalau nak singk1rkan bekas isteri pertama buat apa saya nak beri peluang itu. Tapi hanya Adira terbuka hati untuk bersama saya semula.

"Lagipun bukan saya yang nak bercerai, sebaliknya kedua-dua bekas isteri yang memfailkan perceraian dan saya akur dengan keputusan yang mereka lakukan," ujarnya.

Selain itu, Datuk Red memberitahu, dia memang tiada niat untuk mencari calon isteri yang baharu.

"Nak berkahwin dengan orang baharu, semua itu tidak akan berlaku. Semua sedia maklum saya ada hut@ng yang berlamb@k.

"Tambah pula, usia saya bukan muda lagi. Jadi saya hanya selesa dengan individu yang pernah bersama saya.

"Insha-Allah saya dan Adira turut merancang untuk mengadakan majlis resepsi di sini jika semuanya berjalan dengan lancar," tutur Datuk Red.

Untuk makluman, Adira dan Datuk Red bercerai talak satu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga pada 24 April lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: