22 July 2024

SELEPAS PEMB£DAHAH - NAPIE SPIDER MASIH BELUM SEDAR TAPI TUNJUK PERKEMBANGAN BAIK



Pemain gitar utama kumpulan Spider, Hanafi Hamdan atau Napie yang selesai menjalani pemb£dahan di Hospital Sungai Buloh (HSB), pagi semalam, difahamkan masih belum sedar.
Penyanyi kumpulan itu, Tam menjelaskan, doktor memberitahu pemb£dahan tersebut berjalan lancar dan Napie juga menunjukkan perkembangan yang baik selepas pemb£dahan itu.

"Isteri Napie, Nor Rasidah memaklumkan, doktor juga sudah turunkan dos ubat supaya dia boleh sedar dengan cepat. Pemb£dahan itu memb@bitkan bahagian ot@k dan ia mengambil masa untuk sedar selepas ditidurkan.

"Saya juga merancang untuk melawatnya petang ini (tadi) kerana dia masih dalam wad pengasingan di mana hanya seorang yang boleh masuk secara bergilir dalam satu masa," tuturnya.

Sementara itu, ditanya mengenai status Napie pula, kata Tam, buat masa ini, dia direhatkan sementara dari mengadakan persembahan bersama Spider sejak tahun lalu.

"Kami sudah nampak cara permainan Napie sudah tidak sama, tiga hingga empat tahun lalu. Sedangkan Spider ada 'dem@nd' dan perlu menjaga kualiti persembahan.

"Ada satu showcase Atas Angin, dua tahun lalu di mana saya nampak muka Napie puc@t seperti tidak cukup nafas dan kami terpaksa berhenti rehat sekejap ketika itu," katanya.

Dalam pada itu, Tam memberitahu, meskipun sudah ada pemain gitar gantian, hubungan anggota Spider dan Napie tetap rapat seperti dulu.

"Buat masa ini, kami mahu Napie berehat dari persembahan dan tiada tek@nan untuk dia benar-benar pulih dari mas@lah kesihatannya terlebih dahulu.

"Hasil perbincangan dengan anggota kumpulan, kami juga memang ada sedikit peruntukan untuknya setiap kali Spider mengadakan persembahan.

"Napie juga ada pekerjaan lain sebagai jurutera bunyi di Studio Luncai Emas," ujarnya.

Disamping itu, Tam memohon doa dari semua peminat untuk sama-sama mendoakan semoga Napie cepat sembuh dan boleh keluar segera dari wad.

"Semua peminat yang ingin menyumbang untuk meringankan beban Napie dan anak-anaknya boleh terus buat sumbangan di akaun isterinya.

"Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank, 162740023315 di atas nama Nor Rasidah Said," jelasnya.

Terdahulu, Napie selamat menjalani pemb£dahan di HSB, kira-kira jam 9 pagi, semalam.

Sebelum itu, dia dikejarkan ke HSB malam Selasa lalu akib@t dis£rang angin ahmar ketika sedang bekerja di Studio Luncai Emas.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: