23 July 2024

"SAYA MAHU ANAK JADI USTAZAH" - FUAD & TOM MAHU ANAK DAPAT PENDIDIKAN TERBAIK & TERAPKAN DIDIKAN AGAMA



"Keutamaan untuk anak adalah pelajaran dan saya juga mahu terapkan dengan asas agama. Sasaran untuk masa hadapan, saya mahu anak jadi ustazah.
"Saya memang dilahirkan sebagai pemuzik dan keluarga juga dalam bidang ini. Keluarga juga memang mengutamakan agama. Jadi, saya juga mahu jadikan anak seorang yang baik."

Itulah kata penyanyi Fuad Rahman yang memberitahu, dia dan isterinya, penyanyi Tom mahu anak perempuan mereka, Puteri Anggun mendapat pendidikan terbaik serta menerapkan didikan agama terbaik.

Tambah Fuad lagi, dia dan Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, mahu anak mereka yang kini berusia lima bulan itu bergelar ustazah apabila dewasa kelak.

Bagaimnapaun, jelas Fuad, dia tidak menolak sekiranya anaknya itu mahu terb@bit dalam bidang muzik seperti mereka, namun tetap fokus pada agama serta mementingkan pelajaran.

"Saya mahu anak lebih fokus agama dan saya mahu ajar pendidikan agama. Tapi, bila besar hendak jadi penyanyi dan bermain muzik boleh teruskan, tapi paling penting, pelajaran perlu seiring," ujarnya.

Dalam pada itu, Tom mengakui, sebelum ini dia tidak ambil p£duli s0al agama, namun mula mendapat kesedaran untuk lebih mementingkan agama selepas berkahwin dengan Fuad.

"Sebelum ini, saya tak banyak titik beratkan agama dan tak berapa ambil berat. Bila berkahwin dengan Fuad saya banyak belajar perkara yang tak pernah tahu.

"Muzik adalah muzik, tapi saya mahu anak-anak tahu mengenai agama. Kalau boleh saya mahu sangat anak jadi ustazah. Mungkin saya bukan seperti itu, mana tahu anak ada rezeki ke arah lebih baik.

"Sebab dulu saya tak ambil peduli s0al agama. Dulu saya banyak tak tahu dan sekarang dapat banyak belajar daripada Fuad. Jadi, saya mahu anak-anak juga mendapat kebaikan bersama," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: