23 July 2024

"SAYA HANYA MAMPU DOAKAN YANG BAIK-BAIK SAJA... SAYA NAK MULAKAN KEHIDUPAN YANG BARU" - DATIN RED JELAS MASIH BELUM ADA PENGGANTI



"Saya tiada apa-apa.. sekarang hanya fokus pada diri sendiri dan anak-anak saja," demikian tutur bekas isteri pertama usahawan Datuk Red iaitu Datin Red yang menjelaskan, dia masih belum bertemu pengganti.
Hari ini hangat diperkatakan mengenai Datuk Red yang mengakui kini dalam proses menjalinkan hubungan dengan bekas isteri keduanya, penyanyi Adira Suhaimi.

Susulan berita gembira itu, ramai netizen tertanya-tanya mengenai perasaan bekas isteri pertama usahawan itu.

Dalam pada itu, Datin Red berkata, dia berada dalam keadaan baik dan mahu memulakan kehidupan baru selepas bercerai pada Mei lalu serta memohon mendoakan agar dia terus kuat.

"Saya haya mampu mendoakan yang baik-baik saja dan saya mohon semua semoga saya dapat bangkit dan kuat. Saya nak mulakan kehidupan yang baru," ujarnya.

Datin Red atau nama sebenarnya, Sharifah Norshafila Hashim, bagaimanapun enggan mengulas sp£kulasi kononnya bekas suaminya itu ada memujuknya untuk kembali bersama ketika tempoh idah.

Sementara itu, Sharifah memberitahu, meskipun sudah berpisah namun hidupnya tidka banyak berubah dan kini sedang berjinak menjalankan perniagaan jamu untuk menjana pendapatan.

"Hidup saya sama saja cuma yang beza tiada suami. Pr0duk saya pun baru saja dikeluarkan. Saya masih belajar dan perlukan sokongan ramai," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: