"Banyak juga tawaran berlakon yang masih 'on hold' tetapi buat masa sekarang saya rasa mahu berehat dulu. Semua tahu ketika ini saya sedang berdepan uj1an.
"Bagaimanapun, saya terlib@t dalam memprom0sikan pelancongan Malaysia. Jadi saya akan pergi ke banyak negara bagi tujuan itu. Sempena ulang tahun kali ini saya mahu melancong ke lebih banyak negara.
"Rasanya pada usia begini saya dah tak fikir nak shopping apabila sambut ulang tahun. Lebih baik saya simpan duit untuk menggembara.
"Tak rasa pun diri ini kena boik0t. Kalau betul pun ada, itu diluar bidang kuasa saya. Percaya pada rezeki, kalau Allah dah tetapkan, tetap akan jadi milik saya. Jika tiada rezeki saya tahun ini, mungkin tahun depan ada lagi."
Itulah kata pelakon Ruhainies yang menjelaskan, dia kini mengambil tempoh berehat daripada tawaran berlakon dan mahu meluangkan masa melancong mengelilingi dunia.
Dalam pada itu, ujar Ruhainies lagi, dia tidak rasa dirinya diboik0t, malah kariernya berjalan seperti biasa dan masih menerima tawaran kerja.
Sebelum ini, nama Ruhainies hangat diperkatakan susulan kontr0versi terpalit dirinya sehingga dikec@m t£ruk oleh netizen, malah ada yang mahu memboik0tnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment