15 July 2024

SEBAK UMUM ADIRA SUHAIMI TAMAT IDAH - DATUK RED KENANG JASA BEKAS ISTERI KEDUANYA, ASBAB DIA DIKENALI



"Terima kasih sayang. Saya nak beritahu supaya tak timbul fitn@h. Inilah dug@an saya, 3 bulan lepas saya diduga dengan kehilangan dua-dua isteri dan hari ini (14 Julai) dan semalam (13 Julai) diduga habis idah dengan dua-dua isteri. Terima kasih kepada mereka."
Demikian tutur usahawan, Datuk Red, dimana dia sebak mengumumkan bahawa tempoh idah bekas isteri keduanya iaitu penyanyi Adira Suhaimi telah selesai pada 14 Julai 2024, selepas sah bercerai pada April lalu.

Dalam kesempatan itu, Datuk Red yang berkongsi hal tersebut menerusi video di TikT0k, turut meluahkan rasa terima kasih kepada Adira kerana pernah menjadi isterinya selama hampir 8 tahun.

"Saya doakan dia murah rezeki, sihat, panjang umur. Sebenarnya Adira lah asbab saya dikenali, dapat saya berniaga di TikT0k. Kalau saya tak kahwin dengan Adira, orang tak akan kenal saya.

"Selain itu, banyaklah jasa dia kepada saya. Terima kasih banyak-banyak. Semoga dia teruskan kehidupan demi menjaga anak-anak saya," katanya.

Sebelum ini, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu, memaklumkan bahawa tempoh idah bekas isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hashim telah selesai sejak 13 Julai, Sabtu.

Untuk makluman, Datuk Red dan Adira sah bercerai talak satu pada 24 April lalu selepas hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Kemudiannya, Datuk Red turut menceraikan isteri pertamanya Sharifah Norshafila pada 14 Mei 2024.

Hasil kedua-dua perkahwian itu Adnan dikurniakan sembilan orang cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: