15 July 2024

DIPUJI MAKIN SLIM - ABBY ABADI BERAZAM NAK BUANG 10 KG LAGI



Pelakon Abby Abadi baru-baru ini ada memuat naik satu perkongsian video dimana ia memaparkan dia bersenam bersama anaknya, Mohamed Danish Hakim.

Melihat pada perkongsian itu yang menjadi perhatian ramai, Abby berkata, dia mahu menurunkan berat badan demi menjaga kesihatannya selain mahu kelihatan cantik.

"Jaga diri tau sahabat, kita ada targ£t. Nak kurangkan berat badan untuk jaga kesihatan. Nak sihat, cantik, nak sekecil burung kedidi. Kena bersenam, kena jaga makan, kena buang t0ksin dalam badan," tulisnya.

Klik untuk gambar besar

Menurut Abby lagi, dia juga dalam usaha untuk mengurangkan 10 kilogram lagi berat badannya itu bagi mencapai sasaran sebelum ini.

"Yang berdekatan Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Taman Melawati, Ampang dan sewaktu dengannya, jom zumba jom. Tak jumpa kawan nak ajak berzumba lagi ni, nak buang 10 kilogram lagi," tuturnya.

Perkongsian Abby itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji perubahan berat badan Abby serta ada yang mengatakan pelakon itu kini iras anak perempuannya, Marissa Dania.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: