11 July 2024

TARIK RAYUAN - DAI SYED JELAS DIA SELESAI BELA DIRI



"Memang saya menarik rayuan itu kerana saya sudah lakukan pembelaan. Pada asalnya, saya dah membuat rayuan, tetapi pros1dingnya pada Julai.
"Jadi, bila saya dah bela diri pada Jun, maka rayuan itu, dah tak komp£ten. Maka, saya ke Mahkamah Persekutuan di Putrajaya dan menarik balik rayuan itu. Apa pun, saya melakukan yang terbaik untuk pembelaan saya pada Jun lalu.

"Ya, saya pun kalau ikutkan penat dan letih," demikian kata pendakwah selebriti, Dai Syed, 29, ketika diminta mengulas mengenai penarikan balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkannya membela diri atas pertuduhan mer0gol seorang wanita, lima tahun lalu.

Jelas Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, dia menarik balik rayuan itu pada Jun kerana merasakan ia tidak lagi komp£ten untuk diteruskan.

Sementara itu, ditanya sama ada pros£dur mahkamah mengenai dua pertuduhan menc@bul dan melakukan persetubuhan luar tabii ke atas seorang penuntut kolej swasta masih berlangsung, Syed berkata, semuanya dijangka selesai pada penghujung Ogos.

"Kalau ikutkan, saya pun tak pasti nak jawab bagaimana. Tahun lalu, semasa sesi pendakwaan saya sudah dibebaskan dan dilepaskan.

"Namun, pihak pendakwaraya membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi dan memerintahkan saya untuk membela diri. Jadi, saya selesai bela diri pada Jun dan keputusan akan keluar pada akhir Ogos," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Syed kini sedang menanti waktu untuk menimang cahaya mata pertamanya hasil perkahwinan dengan isteri, Hana Ismail.

"Itu qada dan qadar yang Allah bagi kepada saya sebagai uj1an untuk saya. Saya pun nak menimang cahaya mata dalam beberapa minggu lagi.

"Saya anggap itu sebagai uj1an, tapi hidup saya berjalan seperti biasa. Alhamdulillah dapat tawaran berlakon filem pertama kali. Saya doakan kehidupan saya dan keluarga kecil dipermudahkan," katanya.

Pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskan Syed daripada pertuduhan mer0gol selepas mendapati pihak pendakwaan gag@l membuktikan k£s prima f@cie terhadapnya, di akhir k£s pendakwaan.

Pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersal@h atas pertuduhan mer0gol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira jam 1.35 malam, pada 11 Sept 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Kes£ksaan yang memperuntukkan hukvman penj@ra maksimum 20 tahun serta seb@tan, jika s@bit kesal@han.

Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskannya daripada dua pertuduhan itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: