11 July 2024

BELLA ASTILLAH TITIP UCAPAN HARI LAHIR & NASIHAT BUAT AYDEN : "JADILAH LELAKI YANG BAIK, PINTAR, MENGHORMATI PEREMPUAN & MELINDUNGI KELUARGA"



Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menerusi perkongsian di Instagram baru-baru ini telah menitipkan ucapan istimewa dan nasihat buat anak sulungnya, Ayden Adrean sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Ayden Adrean yang ke-7.
Dalam perkongsian itu, Bella mendoakan anaknya itu menjadi anak yang baik, bijak serta menghormati wanita, selain berharap Ayden menjadi seorang yang berguna dan agar dikuatkan imannya.

"Ini sedikit ucapan dari mummy buat Ayden agar jadilah lelaki yang baik, pintar, menghormati perempuan dan melindungi keluarga.

"Kuatkan imanmu anakku dan jadilah seseorang yang berguna dan memberkati orang di sekeliling dalam segala hal. Jadilah anak yang bertanggungjawab, berakhlak dan menjaga m@ruah," tuturnya.

Klik untuk gambar besar
Bukan itu sahaja, Bella turut berkata, menjadi orang yang bijak, kaya dan memiliki rupa paras yang kacak adalah bonus tetapi apa yang penting adalah menjadi orang yang baik.

Bella dalam masa sama juga sentiasa mendoakan anak lelakinya itu menjadi orang yang baik, ikhlas dimana ia akan membuatkan ramai menyayangi dirinya.

"Menjadi orang yang pintar dan orang yang kaya, orang yang kacak itu adalah bonus, tapi apa yang jauh lebih penting daripada semua itu ialah Ayden menjadi orang yang baik.

"Mummy akan sentiasa doakan Ayden menjadi orang yang baik, ikhlas dan Insya-Allah, pasti ramai yang akan menyayangimu," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: