10 July 2024

"KAMI TIDAK PERNAH KETEPIKAN MAMAT..." - MUSA EXIST KATA KEHIDUPAN DI KAMPUNG MAKIN 'R0SAKKAN' MAMAT



Semua sedia maklum mengenai penyanyi kumpulan Exist, Mamat, 47, dimana dia yang berd£pan dua pertuduhan mengambil dad@h pada 2019, berjaya dalam rayuannya, namun dij@tuhi hukvman d£nda RM4,000 serta dua tahun pengawasan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bentong, Pahang untuk rawatan dan pemulihan.
Berhubung perkara itu, pemain bass Exists iaitu Musa Radhi, 51, menjelaskan dia dan ahli kumpulan lain tidak pernah mengetepikan Mamat yang masih berg£lut untuk bebas dari mas@lah dad@h.

Dalam pada itu, Musa berharap semua peminat Mamat dan Exists akan terus mendoakan kebaikan untuk penyanyi itu berubah dan insaf bagi menjalani kehidupan lebih baik di masa depan tanpa terus dibel£nggu dengan mas@lah dad@h.

"Kami tidak pernah ketepikan Mamat, sebaliknya kita sentiasa sediakan pentas dan hanya menunggu dia saja sebagai penyanyi.

"Kami di dalam Exists iaitu saya, Ajai, Along dan Ujang selalu juga berusaha mencari dia. Kadang-kadang kami rasa macam mana lagi nak bantu dia supaya dia 'duduk sama rendah berdiri sama tinggi' dengan kami.

"Sebab, kalau dilihat daripada anggota-anggota Exists yang ada ini, dia paling diuj1 dengan uj1an agak berat dan berulang-ulang.

"Apatah lagi, kita semua sudah berhijrah menetap di Kuala Lumpur dan dia seorang masih menetap di Johor," ujar Musa yang turut berkata, kehidupan Mamat di sana sebenarnya makin 'mer0sakkannya'.

"Ada seorang peguam pernah menasihatkan, kalau boleh bawa Mamat keluar dari kampungnya itu supaya 'kawan-kawan lamanya' tidak datang mencari lagi.

"Sebelum ini pun Ezad (penyanyi) pernah sama-sama dengan kita nasihatkan Mamat supaya dia sendiri kena kuat 'melawan' kalau ingin baik dan bebas daripada p£ngaruh benda itu," tuturnya.

Selain itu, Musa berkata, Mamat suk@r untuk pulih apabila 'kawan-kawan lamanya' datang mencari semula di saat dia mungkin mula bersedia mahu mengorak kehidupan baharu.

"Saya faham, Mamat mungkin memilih hidup di kampungnya kerana ada rumah pusaka peninggalan arwah ibu bapa, termasuk abang dan kakak yang tinggal berdekatan untuk menjaga dia.

"Tapi, sekarang rasanya sudah sampai masa untuk Mamat fokus kepada diri sendiri, kerjaya dan keluarganya. Namun, rumah tangga dia pun kita tahu sudah berant@kan dan kasihan jugalah.

"Apatah lagi, Mamat yang saya kenal itu sudah aktif menyanyi sejak kanak-kanak untuk membantu menampung kehidupan keluarganya yang boleh disifatkan peng0rbanan dibuatnya itu sangat besar," katanya.

Untuk makluman, Mamat adalah penyanyi asal Exists ketika mereka tampil dengan album sulung pada 1991 dan popular dengan lagu seperti 'Untukmu Ibu', 'Rahsia Pohon Cemara', 'Langkah Seiringan' dan banyak lagi.

Mamat meninggalkan Exists pada 1994 untuk bergerak solo dan dia digantikan oleh Ezad.

Mamat mendirikan rumah tangga dengan Marshila Mustapha Kamal pada 2001, sebelum bercerai pada 2009.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga anak. Namun, mereka bercerai pada 2009.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: