10 July 2024

ALI XPDC KINI STABIL, MASIH PERLU BERNAFAS DENGAN BANTUAN OKSIGEN



Isteri kepada penyanyi Ali XPDC, 56, iaitu Sharifah Azuwanna Syed Joned memaklumkan, suaminya yang dimasukkan ke wad kec£masan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dekat Ipoh, Perak, pagi tadi, dalam keadaan stabil namun masih perlu bernafas menggunakan bantuan oksigen.
Jelas Sharifah Azuwanna, 52, semuanya bermula apabila dia membawa suaminya itu membuat rawatan secara perubatan islam untuk merawat peny@kitnya di Ipoh, semalam.

"Keadaan suami stabil tetapi masih perlu bernafas dengan bantuan oksigen. Saya menemani suami untuk buat rawatan perubatan islam dan urutan serta menumpang di rumah rakan suami di Ipoh.

"Selepas ustaz buat rawatan dia beritahu keadaan buah pinggang dan jantung suami yang b£ngkak sedikit dan meminta suami dibawa ke klinik.

"Saya bawa suami ke klinik dan suami pula s£mput serta sus@h nak bernafas hingga doktor terpaksa buat pemeriksaan Elektr0kardi0gram (ECG), malah beritahu ada s£rangan jantung serta minta suami dirujuk ke hospital berhampiran," tuturnya.

Dalam pada itu, Sharifah Azuwanna bagaimanapun berkata, dia memutuskan untuk menghantar suaminya mendapatkan rawatan di Hospital Ipoh kerana memikirkan perjalanan ke Hospital Serdang mengambil masa lebih dua jam.

"Doktor sudah beri suami ubat dan kami masih menunggu tindak bal@s k£san ubat itu macam mana nanti. Buat masa ini, saya masih menunggu arahan dari doktor untuk pindahkan suami ke hospital di Serdang," katanya.

Azuwanna dalam masa sama turut mohon doa dari semua peminat dan mereka yang mengenali untuk sama-sama mendoakan suaminya segera sembuh.

Sebelum ini, Ali dikejarkan ke wad kec£masan, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang kerana mengal@mi s£sak nafas di kediamannya di Bandar Baru Salak Tinggi pada 18 April lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: