10 July 2024

TERPISAH JAUH - SHUK SAHAR MASIH KEKALKAN HUBUNGAN ERAT DENGAN ANAK : "SAYA BAGI YURAN PERBELANJAAN (ANAK) UNTUK SEKOLAH, NAFKAH & SEMUANYA"



Pelawak dan pengacara sens@si, Shuk Sahar, 39, menjelaskan, dia masih mengekalkan hubungan erat dengan dua cahaya matanya walaupun masing-masing terpisah jauh oleh jarak.
Kata Shuk atau Mohammad Shukri Mohammed Sahar, kemudahan teknologi masa kini sangat membantu dirinya berhubung dengan anak-anaknya.

"Hubungan saya dengan anak-anak masih rapat dan saling berhubung walaupun mereka kini tinggal dan bersekolah di Sabah bersama keluarga bekas isteri di sana.

"Alhamdulillah, sekarang ini kita dah ada 'handphone' yang boleh 'video call' kan. Sebab, anak saya dah duduk di Sabah kerana bersekolah di sana.

"Pada saya pun, ibu saya dah tua umur 70 lebih dan ayah pula usia 84 yang tinggal di Pulau Pinang. Manakala, saya sekarang sibuk dengan berulang-alik antara Malaysia ke Singapura sebab berniaga di sana.

"Jadi, bila ibu mentua saya di Sabah kata mereka nak ambil satu keputusan untuk sekolahkan anak di sana, saya bagi yuran perbelanjaan (anak) untuk sekolah, nafkah dan semuanya, maka kami bersetuju dengan cara yang baik," ujarnya.

Dalam pada itu, jelasnya lagi, setakat ini segala urusannya dengan anak juga tiada mas@lah apabila mereka pasti menjawab setiap kali dia membuat panggilan video dan berjumpa sekiranya ada masa atau bertemu anaknya itu ketika mereka datang ke Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah, buat masa ini mas@lah antara saya dan anak-anak tiada. Kami masih berhubung terus sebab anak-anak ini orang kata, kalau isteri kita akan dipisahkan dengan satu akad, tapi kalau anak-anak (hubungan) sampai m@ti.

"Cuma, untuk perkahwinan baharu saya dan isteri, Fara, kami belum lagi ada rezeki cahaya mata. Tapi, saya tak menolak kalau andai kata nanti ada anak. Kami tak buat perancangan pun. Sebab, pada saya anak ini rezeki.

"Saya sendiri sebenarnya suka dengan budak-budak. Jadi, andai kata kalau ada rezeki (anak), ada," katanya yang turut memberitahu Fara juga kini menguruskan perniagaan dalam bidang kosm£tik yang beroperasi di Singapura.

Dalam perkembangan karier seninya pula, Shuk yang sebelum ini menyepi dari industri hiburan kira-kira dua tahun akan muncul dalam Dol's P0dcast bersama dua rakan iaitu Shuib dan Fizie yang dulunya mereka pernah bergabung mengendalikan segmen Geng Pagi Hot di Hot FM.

Untuk makluman, Shuk berkahwin kali kedua dengan wanita pilihannya iaitu Fara Salleh pada November tahun lalu dalam majlis pernikahan sederhana yang dihadiri keluarga dan sanak saudara.

Shuk sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada 2015 dan mereka dikurniakan dua anak iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assiyfatu Aimi, 5.

Bagaimanapun disebabkan kontr0versi kecur@ngan yang menghamb@t Shuk, membuatkan mereka akhirnya sah bercerai talak satu pada 22 Mac tahun lalu selepas pulang dari Tanah Suci Makkah mengerjakan umrah bersama.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: