10 July 2024

UMUM ISTERI HAMIL - JAMAL ABDILLAH TAK HIRAU KEC4MAN : "KADANG-KADANG KITA TAK BOLEH RANCANG... KAMI DAH RUJUK PADA DOKTOR PAKAR MENGENAI KESELAMATAN ISTERI..."



"Saya sedar banyak komen-komen neg@tif dil£mparkan terhadap saya berkenaan perkara ini (berita kehamilan isteri). Tapi saya ambil pendekatan tidak pedulikan kata-kata mereka di media sosial.
"Tak dinafikan memang saya pernah keluarkan kenyataan tak nak tambah anak lagi lepas kehadiran anak keempat (bongsu) lebih setahun lalu.

"Kadang-kadang kita tak boleh rancang perkara seperti ini kerana semua ini ketentuan Allah dan inilah yang dinamakan rezeki.

"Ada orang berusaha macam mana sekali pun tapi kalau bukan rezeki takkan jadi juga. Saya terima rezeki ini kerana Allah, saya panggil ini anugerah.

"Bagi saya, semuanya terserah kepada isteri. Dia kata sanggup lagi, saya okey sahaja. Jika dia mahu 'ikat', silakan dan kalau tak mahu pun saya ikut sahaja," demikian tutur penyanyi Datuk Jamal Abdillah, 65.

Kata Jamal, dia tidak ambil kisah dengan kec@man masyarakat apabila mengumumkan kehamilan terbaru isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28.

Ujarnya lagi, zuriat kelima bersama isterinya yang bakal dilahirkan pada awal tahun hadapan itu adalah kurniaan rezeki Allah yang mustahil ditolak.

Sementara itu, Jamal turut berkongsi keadaan isterinya baik-baik sahaja yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) berikutan al@mi al@han terhadap ubat.

"Perkembangan terkini, isteri saya sihat. Alhamdulillah, dia sebenarnya mahu ikut pada hari ini tetapi masih perlu berehat. Dia al@han bukan sebab hamil. Dia masih lagi belum boleh makan, sudah masuk hari ke-12 asyik munt@h-munt@h," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, Raja Pop ini turut menolak tanggapan tanggungjawabnya sebagai peng£dar pr0duk kesihatan sebagai faktor isterinya mengandung lagi.

"Itu tak berkaitan dan ini memb@bitkan soal kesihatan isteri. Saya serahkan kepada isteri sama ada masih sanggup untuk mengandung lagi selepas ini.

"Kami dah rujuk pada doktor pakar mengenai keselamatan isteri untuk bersalin melalui kaedah pemb£dahan buat kali kelima.

"Jadi kami kena fikirkan faktor keselamatan isteri apakah masih boleh mengandung lagi kerana sudah lima kali dib£dah.

"Saya tak boleh fikir pasal diri sendiri saja tapi kena fikirkan juga kemampuan isteri," tutur Jamal yang turut berkata, kehadiran cahaya mata umpama satu terapi, selepas ditanya berkongsi perasaan bakal menimang cahaya mata pada usia sekarang.

"Kehidupan berkeluarga dengan anak sesuatu yang menyeronokkan. Ia umpama satu terapi buat saya. Saya tak berasa letih, mar@h mahupun b0san kerana mereka inilah hiburan saya.

"Lagipun saya bukan jenis yang suka keluar rumah, habis kerja saya terus pulang dan bila sehari tak jumpa mereka memang rasa rindu. Jadi sampai saja ke rumah, saya akan cium dan akan tidur bersama anak," katanya yang mengharapkan zuriat perempuan.

Untuk makluman, Jamal mendirikan rumah tangga bersama Zai Izzati pada 1 April 2017 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 5; El Isaac Yamani, 4; Iskandar Rayyan Yamani, 2; dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia setahun lebih.

Selain itu, Jamal juga memiliki dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: