Pelakon Ungku Ismail Aziz, 39, menjelaskan dia menyayangi kedua-dua anak isterinya yang juga pelakon, Nad Zainal, 34, iaitu Fahad Ibrahim, 8, dan Budi Kalsom, 4, dari perkahwinan sebelum ini, seperti anak kandungnya sendiri.
"Tiada istilah anak tiri sebab saya sayang semua seperti anak sendiri. Saya tak sebut anak tiri tu dan kalau orang tanya anak-anak macam mana, saya akan beritahu ketiga-tiga anak sihat.
"Semua anak Nad, kami jaga bersama-sama. Tentulah separuh daripada diri mereka tu dengan ayah kandungnya dan separuh lagi dengan Nad. Mungkin saya bukan bapa kandung tapi mereka adalah anak-anak kami.
"Anak kandung saya pun, Ungku Indra Puteh pun bila dah besar nanti, saya layan sama saja seperti anak-anak yang lain," katanya.
Dalam pada itu, Ungku Ismail meluahkan rasa syukur kerana dua anak Nad menerimanya dengan baik dalam hidup mereka.
"Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Pada masa sama, saya dan Ibrahim berkongsi minat yang sama iaitu permainan video. Budi pula memang rapat dengan saya.
"Ada sekali telefon saya r0sak dan bila Nad pakai telefon, dia tengok penuh gambar saya dan Budi dalam telefon berkenaan," tuturnya.
Untuk makluman, Nad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015 dan mereka sah bercerai pada September 2022.
Hasil perkahwinan dengan Faliq, Nad dikurniakan sepasang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 8, dan Budi Kalsom, 4.
Nad kemudiannya berkahwin dengan pelakon Ungku Ismail pada 23 Januari tahun lalu dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ungku Indra Puteh Al Maajid yang kini berusia sembilan bulan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment