"Kalau boleh saya tak nak terlalu lant@ng bercakap berkenaan isu ini sebab kita sendiri ada perkahwinan yang nak dijaga.
"Saya selalu tiada di rumah disebabkan komitmen kerja. Agak tert£kan juga yang kadangkala hasil titik peluh kita, orang tak nampak tapi benda-benda neg@tif pula yang lebih terserlah.
"Walaupun situasi kerja saya sebagai anak seni agak sibuk di luar rumah tapi kita kena sentiasa berjaga-jagalah."
Ujar penyanyi dan pelakon, Marsha Milan, 38, yang mengakui isu 'peny0ndol' memb@bitkan segelintir artis sedikit sebanyak mengg@nggu em0sinya kerana dia sering keluar rumah untuk bekerja.
Dalam pada itu, bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu memberitahu, dia sentiasa mencari peluang bagi meluangkan masa bersama suami.
"Saya bersyukur suami seorang yang sangat memahami dan menyokong segala yang dilakukan. Selalunya saya akan ambil masa untuk bersama suami sebab kita tak nak perkara seumpama ini berlaku.
"Suami pun seorang yang memahami kerja saya dan dia pun kerap tanya 'update' karier saya. Alhamdulilah, saya minta dijauhkan perkara ini.
"Saya tak mahu isu suami rakan sendiri dis0ndol kawan baik apa lagi pada diri sendiri. Tapi kita cuma boleh berdoa untuk diri dan kawan-kawan agar dijauhkan benda-benda begini," tuturnya.
Selain itu, Marsha berkata, dia juga meletakkan kepercayaan penuh kepada suami dalam segala hal termasuklah tidak pernah memeriksa telefon masing-masing.
"Walaupun kami tahu 'p@ssword' telefon masing-masing, tapi kami tak periksa telefon.
"Saya rasa selagi kita letakkan kepercayaan antara satu sama lain, saya rasa tak perlu nak 'ch£ck' telefon pasangan. Sebab bila kita mula 'trigg£red', mulalah akan banyak persoalan bermain di kepala.
"Jadinya tak payah (periksa telefon). Alhamdulillah, saya tak pernah lagi berd£pan dengan situasi cubaan suami dis0ndol sebab dia seorang 'family man'. Dia tak suka berjalan, selalu ada saja di rumah," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment