"Kira-kira dua tahun saya tiada 'job' dalam industri dan kehidupan memang sus@h terutama dari segi kewangan. Saya cuba hubungi Shuib dan minta tolong hingga pernah meminjam RM10,000 daripadanya ketika itu.
"Selain Shuib, rakan lain banyak bantu saya di waktu sus@h ialah Nabil Ahmad dan Ebby Yus. Jasa mereka tak akan saya lupakan dan ingat sampai bila-bila."
Itulah kata pelawak dan pelakon Shuk Sahar, 39, dimana dia sedar betapa 'sahabat menangis bersama' itu suk@r dicari, selepas terpaksa meminjam wang daripada rakan, selain bermuhasabah diri dan banyak berdoa kepada Allah.
Kata Shuk atau pemilik nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohammed Sahar, ada dalam kalangan rakan pelawak dikenali yang meny£kat dirinya daripada semua platf0rm kerana mengikut kata isteri yang minta mereka menjauhkan diri.
Dalam pada itu, Shuk turut berkongsi, Nabil ada membantunya ketika mereka bekerja dengan satu jenama baju raya terkenal namun pihak terb@bit sudah memaklumkan k0ntrak tidak disambung.
"Pada hari yang sepatutnya kami sama-sama kena 'shooting' baju raya baharu, saya tak datang dan Nabil hubungi tanya saya 'kenapa tak ada?'. Saya cakap dah tak ada sebab k0ntrak tak disambung. Petang itu juga dia 'bank in' duit kepada saya.
"Begitu juga dengan abang Ebby Yus yang selalu hubungi saya untuk tanya keadaan okay ke tidak dan lepas itu dia cakap, 'bagi nombor akaun pada PA abang'. Kemudian, dia terus 'bank in' duit juga," tuturnya.
Selain itu, Shuk lagi memberitahu, perasaan m@lu tetap ada termasuk perlu men@gih 'gift' daripada pengguna media sosial setiap kali buat 'live' (siaran langsung) kerana ia boleh membantu pendapatannya.
"Apapun, syukur Alhamdulillah, ketika ini, keadaan kewangan saya mula membaik selepas berniaga produk kosm£tik iaitu serum muka di TikT0k. Saya tak sangka pr0duk itu dapat sambutan p0sitif di pasaran.
"Malah, kerjasama dengan Shuib dan Fizie untuk kendalikan Dol's P0dcast ini memulakan kembali kerjaya seni saya selepas lama menyepi. Tak dinafikan, saya rindu untuk aktif macam dulu," ujarnya.
Terdahulu, nama Shuk hangat diperkatakan dan menerima kec@man selepas dia terb@bit kontr0versi kecur@ngan yang berulang beberapa kali walaupun sudah tampil memohon maaf.
Untuk makluman, Shuk pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada 2015, sebelum sah bercerai talak satu pada 22 Mac tahun lalu selepas pulang dari Tanah Suci Makkah mengerjakan umrah.
Hasil perkongsian hidup selama sembilan tahun, mereka dikurniakan dua anak perempuan, Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assiyfatu Aimi, 5, yang kini menetap dengan keluarga Rossa di Sabah.
Kini, Shuk sudah kembali mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan wanita pilihannya iaitu Fara Salleh pada November tahun lalu dalam majlis pernikahan sederhana yang dihadiri keluarga terdekat.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment