14 July 2024

BERCINTA LAPAN TAHUN - SEAN LEE JELAS TIADA NIAT SOROK HUBUNGAN DENGAN BAY DOUCET : "ISTERI SAYA SEORANG YANG 'INTR0VERT' SERTA SANGAT MENJAGA PRIVASI & DUNIA KAMI BERBEZA"



Pelakon dan pengacara, Sean Lee, 30, mendedahkan dia dan isterinya, Bay Doucet, 26 yang baru dikahwininya itu sudah lapan tahun menjalinkan hubungan cinta, selain menjelaskan, dia tiada niat menyorok hubungan tersebut.
Pada 7 Julai lalu, Sean melangsungkan perkahwinan dengan Bay yang juga model dan pencipta kandungan di media sosial dalam majlis yang diadakan secara tertutup, di sini.

Jelas Sean, dia dan isterinya berkenalan ketika usia mereka masih terlalu muda dan atas sebab itu perlu memberi masa kepada diri masing-masing untuk berusaha mengejar impian diinginkan.

"Kami sudah saling mengenali dan menjalin hubungan selama lapan tahun, sebelum sepakat melangkah ke alam perkahwinan baru-baru ini. Dia sudah melengkapkan saya.

"Sebenarnya bukan niat saya mahu merahsiakannya (hubungan cinta), tapi ia lebih kepada soal privasi dan peribadi. Bagaimanapun, perkara ini (bercinta) tidaklah terlalu rahsia sebab kami pun tetap keluar 'dating' macam biasa.

Klik untuk gambar besar
"Cuma, saya perlu berterima kasih kepada mereka di luar sana yang mungkin pernah nampak kami keluar bersama, namun tidak dikongsikan di mana-mana platf0rm media sosial untuk memberikan kami priv@si itu," katanya.

Dalam pada itu, Sean berkata, tempoh perkenalan yang lama dengan isterinya juga ada pasang surut dalam perhubungan, namun mereka saling menghormati serta sangat menjaga priv@si sesama sendiri.

"Isteri saya seorang yang 'intr0vert' serta sangat menjaga priv@si dan dunia kami berbeza. Cuma, saya faham keadaan dirinya dan juga saya hormat keputusan dia bersama keluarga untuk kami simpan kisah privasi (percintaan) kami ini sebaik-baiknya.

"Sejak dari awal lagi, kami berdua juga sudah setuju dengan prinsip 'date to marry'. Kami tidak anggap kami berkenalan bukan untuk s£rius. Jadi, lapan tahun itu kami berikan masa untuk masing-masing pastikan inilah orang yang betul sebagai pasangan hidup," ujarnya
Disamping itu, kata Sean lagi, dia melihat penting untuk mengenali seseorang dalam tempoh lama, apatah lagi sebagai pasangan hidup kerana perhubungan yang dibina itu untuk kekal bersama dan bukan putus di tengah jalan atau lepas kahwin, bercerai.

Tambahnya, dia kini sangat lega apabila akhirnya dapat berkongsi mengenai hubungan istimewa bersama Bay yang diakui sangat menyeronokkan dan membahagiakan mereka.

Bukan itu sahaja, malah Sean memberitahu, dia dan Bay juga banyak berhubung secara atas talian pada awal perkenalan mereka, memandangkan wanita kesayangannya itu melanjutkan pengajian di Australia.

Baru-baru ini, tanpa memberi 'hint' untuk berkahwin, Sean terus berkongsi gambar majlis perkahwinannya dengan Bay yang berdarah kacukan Cina-Amerika Syarikat di Instagram yang menjadi perhatian ramai.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: