"Andai kata saya s@kit, saya tak nak sus@hkan anak-anak saya. Saya pun tak mahu mereka ris@ukan saya. Saya ada jumpa rumah penjagaan orang tua yang bagus, jadi saya tak keseorangan apabila tua.
"Dari dulu saya tak suka bergantung kepada sesiapa, sebab itu saya ada perancangan tersebut," demikian ujar pelakon Diana Danielle yang merancang untuk tinggal di pusat jagaan warga emas apabila sudah tua kelak kerana enggan menyus@hkan anak-anak seandainya ditakdirkan uzur.
Diana yang berkongsi hal tersebut menerusi p0dcast Girl Math, turut menjelaskan, dia juga tidak mahu anak-anak ris@ukan dirinya dan tidak mahu bergantung hidup kepada orang lain.
Dalam pada itu, Diana berkata, dia percaya kehidupan di pusat jagaan akan memberikan ketenangan tanpa sebarang mas@lah.
"Saya tak nak peningkan kepala saya dengar mas@lah anak-anak. Saya nak hidup dengan orang-orang yang sebaya dengan saya, boleh karaoke, main catur atau berborak dengan mereka," tuturnya.
Bagaimanapun, ujar Diana lagi, perancangan itu masih dalam pertimb@ngan, memandangkan anak sulungnya, Muhammad sudah berjanji mahu menjaganya.
"Saya pernah berborak secara s£rius dengan Muhammad, dan beritahu yang saya nak tinggal dengan dia apabila tua nanti. Dia janji yang dia akan menjaga saya dari segi kewangan dan sebagainya.
"Kami dah macam kawan baik dan boleh tinggal bersama-sama. Saya lihat ada sesetengah ibu dan anak tiada hubungan yang baik membuatkan mereka sus@h tinggal bersama," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment