28 July 2024
TIADA TELEFON BIMBIT, AKAUN MEDIA S0SIAL - PIERRE ANDRE AKUI LEBIH TENANG & KURANG RASA TEK4NAN
"Saya dah lama tak ada telefon (bimbit) sendiri sebab lebih tenang dan kurang rasa tek@nan. Begitu juga, apa saja akaun media s0sial pun saya tak ada.
"Memang lama juga dah tak ada telefon ni. Dulu, saya pernah merajuk sampai tak balik rumah dan bila nak hubungi keluarga, terpaksalah guna telefon awam di tepi jalan."
Itulah kata pengarah dan pelakon, Pierre Andre, 39, yang mengakui dirinya berasa sangat tenang dengan ketiadaan telefon bimbit, termasuk akaun media s0sial yang kini menjadi 'keperluan utama' setiap orang.
Dalam pada itu, Pierre atau nama sebenarnya, Muhammad Pierre Andre Nazarul Andre, berkata, segala urusan kerja dan keluarga boleh menghubungi isterinya, Siti Nur Hidayah Hashim yang bertind@k sebagai pengurus.
Tambahnya lagi, dia sangat mengutamakan ketenangan buat diri sendiri dan itu dirasainya tanpa penggunakan telefon.
"Kalau saya nak tengok isu-isu semasa pun, biasanya tengok daripada telefon isteri saja. Memang saya ambil tahu segala perkembangan yang berlaku, cuma tidak meletakkan diri Pierre Andre 'tenang' media sosial.
"Saya lebih suka merendah diri sebab pengurus saya pun adalah isteri sendiri. Cukup memudahkan pengurusan kerja dan hubungi saja dia (isteri) untuk cari atau dapatkan saya," ujarnya.
Mengulas juga 'penyepian' selama 10 tahun dirinya daripada rad@r industri hiburan, jelas Pierre, dia kini sudah terbiasa menjalani kehidupan seperti orang lain yang bebas ke mana-mana tanpa dikenali ramai.
"Saya pun sekarang banyak beri tumpuan kepada perniagaan pakaian yang diusahakan. Dari seorang yang hanya tahu mengenai filem sebelum ini, saya berubah mengenali kain sebab saya dan isteri ada perniagaan menjual pakaian.
"Selain itu, saya juga mempunyai saluran YouTube sendiri. Jadi, itulah yang saya lakukan sepanjang 10 tahun ini, termasuk memberi fokus membesarkan dua orang cahaya mata," katanya.
Untuk makluman, Pierre mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Hidayah pada Jun 2013 dan mereka mempunyai dua anak iaitu Aishah Andre, 8, dan Zehra Andre kini berusia 2 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment