03 July 2024

"TR4UMA DENGAN DIA (BAPA)... TR4UMA DENGAN LELAKI" - CIK B AKUI TIADA RASA RINDU TERHADAP BAPA KANDUNG



"Saya tak bersama ayah sejak kecil lagi, daripada dua ke tiga tahun macam itu. Jumpa dia pun macam meminta.
"Tak berhubung, dia ada DM saya di Instagram tapi saya rasa macam orang-orang akan cakap, dia tetap ayah kita.

"Ya betul dia tetap ayah kita. Tapi tak ada perbualan antara kami... waktu besar baru dia cari."

Itulah kata anak kepada usahawan sens@si, Datuk Seri Vida iaitu Cik B yang mendedahkan dia tidak pernah bersama bapa kandung sejak kecil lagi sehingga sekarang.

Dalam pada itu, Cik B menerusi satu podcast mengakui, bapanya pernah beberapa kali cuba menghubunginya menerusi direct message (DM) di Instagram tetapi tiada perbualan antara mereka.

Dedah Cik B lagi, dia juga tiada rasa rindu terhadap bapa kandungnya itu, malah tr@uma dengan bapanya serta insan bergelar lelaki.

"Saya rasa biasa saja macam itu, tak ada perasaan rindu semua. Tr@uma dengan dia... tr@uma dengan lelaki," tuturnya.

Selain itu, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen berkata, ibunya adalah segalanya termasuk memegang tanggungjawab sebagai ayah dalam keluarga.

"Mama ini, dia pegang tanggungjawab sebagai ayah dalam keluarga saya... jadi mama ini adalah saya punya ayah, emak, kakak, bestie. Memang saya anggap emak saya semua la. Termasuklah sebagai ayah saya," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: