03 July 2024

"TAHUN INI GENAP TIGA TAHUN DALAM PERJALANAN HIJRAH UNTUK KEKAL ISTIQAMAH" - OKTOVIA MANROSE TIDAK PERNAH BERHENTI BERDOA AGAR DIA KEKAL ISTIQAMAH



Pelakon Oktovia Manrose yang sudah hampir tiga tahun berhijab dan berhijrah ke arah lebih baik, memberitahu, dia tidak pernah berhenti berdoa agar dia kekal istiqamah untuk menutup aurat serta memperb@iki ke arah lebih baik.
Menerusi perkongsian di Instagram baru-baru ini, kakak kepada pelakon Aprena Manrose itu berkata, dia perlu memaksa diri untuk menunaikan kewajipan dan dia percaya jika niat ikhlas untuk berubah, Allah akan permudahkan.

"Tahun ini genap tiga tahun dalam perjalanan hijrah untuk kekal istiqamah. Memang tidak mudah. Tapi Insya-Allah dengan niat ikhlas untuk berubah itu Allah beri kekuatan dan kefahaman. Allah beri panduan.

"Alhamdulillah hari-hari doa untuk Allah kekalkan istiqamah, paksa diri solat, paksa diri dengar ceramah untuk cari kekuatan istiqamah," tulisnya.

Sementara itu, Oktovia turut memberitahu, asbab dia nek@d untuk berhijrah selepas mendengar ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar.

"Topik ceramah ustaz semalam (kelmarin) ialah mengenai hubungan suami isteri dan bagaimana kita nak kuatkan ikatan rumah tangga.

"Aura ustaz tak pernah berubah, ceramah ustaz mesti akan memberi k£san yang mendalam. Sama seperti pertama kali saya mendengar ceramah ustaz pada 2020.

"Dari situlah asbabnya kenapa diri ini boleh bertek@d nak berubah dan berhijrah. Masya-Allah Alhamdulillah. Perjalanan yang indah," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: