01 July 2024

WATIE UCAP TERIMA KASIH KEPADA SHUIB BIMBING DIRINYA DARI S£KSI SAMPAI BERTUDUNG



"Terima kasih selalu puji I cantik walau kadang selalu com0t. Terima kasih selalu puji I steri yang baik walau kadang Daddy tak pernah berpeluang dapat merajuk.
"Terima kasih selalu puji I masak sedap walau kadang I suruh Daddy makan telor dengan sambal hitam je. Terima kasih untuk segala kata-kata pujian Daddy yang selalu buat I senyum ketawa dan happy.

"Terima kasih sebab dah buktikan pada I kawin tu memang lagi seronok dari bercinta! Tiada kata yang lebih indah selain kata pujian dari suami tercinta."

Itulah kata isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah, menerusi perkongsian di Instagram, dimana dia menitipkan ucapan istimewa buat suaminya tercinta, sempena genap setahun pasangan itu mendirikan rumah tangga, kelmarin.

Dalam perkongsian itu, Watie turut berterima kasih kepada Shuib kerana sudi menjadi suaminya serta membimbing dirinya dari segi pemakaian yang sebelum ini berpenampilan s£ksi sehinggalah bertudung.

Dalam pada itu, Watie juga menitipkan doa agar Shuib terus menjadi seorang bapa dan suami yang baik sehingga ke akhir hayat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: