01 July 2024

AL-FATIHAH - ISTERI ARWAH PAK NGAH KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pada jam 11.15 pagi hari ini, isteri kepada komposer dan penerbit, Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah iaitu Datin Sharifah Mahani Syed Kassim Barakhbah, 74, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di Prima Setapak, di sini, akib@t kans£r usus tahap empat.
Berita sedih itu dimaklumkan anak lelakinya, Megat Mohd Syahraini, dimana dia memberitahu, ibunya berada dalam keadaan ten@t sejak seminggu lalu dan menghembuskan nafas terakhir di sisi anak-anaknya.

"Ibu disahkan menghid@p kans£r usus tahap empat sejak lapan bulan lalu. Pagi tadi selepas kakak saya membersihkan badannya, kemudian tidak lama selepas itu ibu pergi buat selama-lamanya.

"Arwah sudah ten@t hampir seminggu. Arwah juga sudah menjalani pr0ses radiot£rapi dan kimot£rapi pada Mac lalu, tapi rawatan kimot£rapi terpaksa dihentikan kerana usianya yang sudah mencecah 74 tahun.

"Kami reda dengan pemergian ibu. Macam-macam kenangan kami lalui ketika berada di sisinya," tutur Megat yang turut memaklumkan, jenazah Allahyarham ibunya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, di sini, selepas solat Asar, hari ini.

Selain Megat, Allahyarham turut memiliki seorang lagi cahaya mata iaitu Siti Syafrina Suhaimi.

Untuk makluman, Allahyarham Pak Ngah meninggal dunia akib@t s£rangan jantung di Tanjung Pinang, Batam, Indonesia pada 25 September 2018.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: