12 August 2024
AKUI TAK MUDAH ISTIQAMAH - MARYAM YOUNARAE PERNAH TERLINTAS MAHU MAKAN DAGING KHINZ1R, MINUM ALKH0HOL
"Tipulah kalau cakap tak sus@h, sejujurnya hari-hari terlintas dalam fikiran untuk buka tudung tetapi iman saya setakat ini lebih kuat daripada keinginan itu semua.
"Bukannya tak teringin mahu makan daging khinz1r, mahu minum alk0hol, hari-hari perkara itu terlintas sahaja tetapi sekadar terlintas sahajalah. Fikir tidak d0sa, buat baru d0sa.
"Apa pun saya sendiri yang kena kuat hadapi semua itu, kena banyakkan bersabar dan berjuang melaw@n h@sutan syait@n."
Demikian tutur pemp£ngaruh media sosial, Maryam Younarae dimana dia mengakui, bukan mudah untuk kekal istiqamah lepas setahun mengenakan hijab serta dalam usaha menjadi Muslimah lebih baik.
Kata Maryam, setiap hari dia terlintas untuk kembali ke imej lama, namun dia sedaya upaya cuba melaw@n perasaan tersebut.
Dalam pada itu, Maryam memberitahu, dia ikhlas belajar mendalami agama sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak termasuk suaminya, Ryzal Ibrahim.
"Suami saya tidak cakap apa-apa, lagipun memang saya tidak suka. Biarlah saya istiqamah kerana diri sendiri dan atas kerelaan diri bukannya sebab ikut cakap orang.
"Saya juga mahu belajar dan membentuk diri dengan cara saya sendiri, bagi saya itu lagi bagus dan membantu saya untuk terus belajar," ujarnya.
Terdahulu, Maryam memeluk Islam di hadapan Imam Masjid Itaewon, Seoul, Korea Selatan pada 11 Julai 2019.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment