12 August 2024

NAMPAK 'BABY BUMP' YANG SEMAKIN MEMBESAR - SYASYA KINI BERBADAN DUA?



Nampaknya nama bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal kembali menjadi bualan ramai selepas tular video menampakkan 'baby bumpnya' yang semakin membesar.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Syasya dilihat memakai set baju renang sambil dipimpin suaminya, Nasrullah Mohd. Sapie berjalan di dalam air.

Meskipun Syasya masih belum memberi kenyataan berhubung perkara itu, rata-rata netizen telah pun mengucapkan tahniah serta berharap bekas anggota Dolla itu berkongsikan perkhabaran gembira tersebut kepada peminat.

"Semakin besar perut Syasya, tak boleh sorok lagi. Harap kongsi berita gembira dengan peminat."

"Wah! 'Baby bump' semakin jelas. Tahniah Syasya dan suami," antara komen-komen netizen.

Pada perkongsian itu juga, terdapat netizen yang meny£lar komen neg@tif yang ditinggalkan dan mendakwa penyanyi itu bunting pelamin.

Klik untuk gambar besar
"Tahniah Syasya. Jaga diri ye. Hiraukan kata netizen yang tak belajar ini."

"Bunting pelamin pun tak tahu ke? Aku pun tahu bunting pelamin."

"Memang nampak 'baby bump'. Nak hairan apa, dia bersuami. Jangan g@nggu dia," tulis beberapa netizen.

Pada Jun lalu, Syasya pernah menafikan khabar angin dia sudah berbadan dua sebaliknya 'baby bump' yang didakwa ramai itu hanyalah perut buncit dan pertambahan berat badan.

Untuk makluman, Syasya selamat bernikah dengan Nasrullah dalam majlis tertutup yang berlangsung pada 21 April lalu.

Sebelum itu, pada 8 April lalu, Syasya yang juga cucu kepada dramatis, Rozie Othman, lebih dulu menc£tuskan k£jutan apabila membuat pengumuman mengundur daripada Dolla atas alasan peribadi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: