05 August 2024

"ALHAMDULILLAH, SUAMI SAYA DAH SEMAKIN SIHAT... SEKARANG MEMANG PAKAI 'PAMPERS' LAH" - ISTERI ALI XPDC



"Alhamdulillah, suami saya dah semakin sihat. Terima kasih kerana bertanya (mengenai kesihatannya). Dia (Ali) sudah keluar hospital dan balik ke rumah keluar kira-kira dua minggu lalu dan syukur kepada Allah.
"Cuma, buat masa ini suami saya juga masih tidak boleh nak menyanyi lagi. Dia kena berehat sebab sekarang pun masih pakai 'pampers' (lampin pakai buang) akib@t k£san daripada pengambilan beberapa ubat."

Demikian tutur isteri penyanyi rock otai, Ali XPDC, 56, iaitu Sharifah Azuwanna Syed Joned, 52, yang memaklumkan, suaminya itu kini semakin beransur pulih dan sihat apabila sudah dibenarkan pulang ke rumahnya sejak dua minggu lalu selepas mengal@mi s£mput dan kesuk@ran bernafas, baru-baru ini.

Dalam pada itu, isteri Ali meluahkan rasa syukur apabila keadaan kesihatan suaminya itu bertambah baik dan berterima kasih kepada semua yang sudah bersama-sama mendoakan Ali serta menghulur bantuan.

Pada 10 Julai lalu, Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail, pernah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak, akib@t mas@lah pernafasan dihid@pinya itu.

Selain itu, ditanya sama ada dia yang juga suri rumah dan keluarga ketika ini memerlukan bantuan seperti kewangan, Sharifah Azuwanna tidak menafikannya kerana keperluan lampin pakai buang itu.

"Mengenai bantuan diperlukan, kalau pada saya memang bantuan kewanganlah sebab suami tak boleh kerja lagi. Ubat-ubatan yang dimakan itu pula buat dia tak boleh nak tahan k£ncing.

"Sekarang memang pakai 'pampers' lah," katanya yang sebelum ini turut memaklumkan, dia gembira apabila suaminya itu mempunyai selera makan yang okay sepanjang menerima rawatan di hospital.

Orang ramai yang ingin membantu Ali boleh menyalurkan sumbangan ke akaun 162106484055 (Maybank - Mohd Ali Ismail) atas rujukan ditulis 'Bantu Ali XPDC'.

Pada 18 April lalu, Ali juga dikejarkan ke wad kec£masan Hospital Sultan Idris Shah, Serdang Selangor kerana mengal@mi s£sak nafas di kediamannya di Bandar Baru Salak Tinggi selepas menerima bantuan kerusi roda.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: